Tuesday, 6 March 2012

susah nak ubah mentaliti masyarakat kita

salam semua..hari tu pacik ada merepek pasal tak puas hati pacik terhadap isu mensyuarat PIBG tu kan. ha, ni pacik nak habaq mai pasai pa pacik tak puas hati sangat ni.

korang penah pergi mesyuarat PIBG tak? mesyuarat PIBG ni mesyuarat yang melibatkan ibu bapa murid dan guru guru di sekolah tersebut. kat mesyuarat ini lah kalau parents tu nak komplen masalah ke, apa yang tak puas hati ke. atau pun nak usulkan sesuatu untuk menjadikan sekolah tu lebih baik la kan. ni kali pertama pacik handle musyuarat PIBG ni.yelah, dah namanya cikgu kan, jadi pacik kena lah handle menda2 macam ni.

kalau korang pernah pergi mesyuarat PIBG ni la kan, agak2 kehadiran parenst kat mesyuarat tu ok tak?

pasal ni lah yang pacik tak puas hati ni.korang boleh bayangkan tak, kehadiran parents untuk mesyuarat ni tak sampai pon 100 orang. korang boleh tengok tak betapa tak ambil beratnya ibubapa terhadap mesyuarat PIBG ni. nak kata busy, mesyuarat ni buat time cuti. hari SABTU kot. kalau la dah plan program, memo untuk mesyuarat ni dah diberi SEMINGGU sebelum tu kot. tak kan la tak leh nak skip program tu untuk attend meeting yang penting macam ni. bukannya tiap2 minggu. sekali setahun je kot mesyuarat PIBG ni.

bila pihak sekolah buat program, ada je yang tak puas hati. itu la ini lah.lagi2 kalau yang melibatkan DUIT. dah tu, time orang buat meeting, punyalah payah ko nak pergi.tapi bab2 nak kondem orang ni, hahh no 1.pacik tak salahkan parents yang susah payah hadir kat mesyuarat ni. pacik terkilan la dengan sikap ibubapa yang susah untuk luangkan sedikit masa untuk kepentingan anak2 mereka. kalau yang betul2 emergency tu pacik tak leh naka kata apa la kan.pacik terkilan dengan menda ni sebab rata2 budak sekolah ni adalah MELAYU yang mana mak paknya sah2 la MELAYU jugak kan.

kalau dah bukan mak pak yang nak kan perubahan untuk anak2 mereka sendiri, nak harapkan kat siapa lagi?tokeh gula?

pacik tak puas hati pasal menda ni sebab kalau bab yang melibatkan duit, "orang kita" memang laju.pandai la pulak nak mai pepagi kan.sanggup tunggu berjam2 semata mata untuk dapatkan duit tu. yes, pacik tak nafikan memang duit ni penting. dah kalu untuk duit ni ko sanggup bangun awal pagi, pastu tunggu sampai ke tengah hari, tak kan tak boleh untuk ko hadir meeting ni hanya  sejam dua yang memang dah sah2 penting.

minggu sebelum mesyuarat PIBG ni, yakni sabtu dua minggu lepas, kerajaan ada bagi BR1M untuk yang layak, nak sampai dua tiga kilometer parking kereta.sanggup tuuu. tapi yang ni, ko parking je kereta dalam kawasa sekolah, jalan tak sampai pon 50 meter tapi tak leh nak hadir.pacik pon tak paham laa.

dah namanya manusia kan, bila menda yang melibatkan duit, memang laju.kawan pon sanggup makan kawan.tapi bila benda yang melibatkan pendidikan contohnya, orang bertempik kat tepi telinga pon belom tentu nak dengar kan.

benda ni pacik luahkan sekadar nak bagi tau rasa tak puas hati pacik terhadap perkara2 penting macam ni yang orang tak mau nak pandang. bukannya pacik nak kondem sapa2.pacik hanya terkilan.

kalau mak bapak tu sanggup untuk berpanas berhujan untuk dapatkan apa yang mereka nak, tak kan tak boleh nak luangkan sedikit masa untuk kepentingan anak2 mereka.

jangan sekadar tahu untuk tunding jari kat orang lain.sekali kita tunjung jari kita kat orang lain, empat jari yang tunjuk kat kita sendiri.

fikir fikirkan dan selamat beramal.

chills uols

No comments: