Saturday 31 December 2011

good bye 2011

hi folks.
mesti semua orang duk kalut buat
last entry untuk 2011 kan.jangan tipu la.
hehe

pacik pon nak buat jugak.
sepanjang 2011, banyak perkara yang telah berlaku
dalam hidup pacik.
yang paling pacik nikmati ialah perasaan untuk bergelar seorang guru.
huhhh.best jugak jadi cikgu ni.

kalau nak cerita semua, memang tak habis la nak taip kat sini.
padahal pemalas.gampang.

pacik harap tahun yang 2012 yang akan tiba
tak lama lagi akan menjadi yang lebih baik
dari yang sebelumnya.

ok.babai

hujung taun yang kurang baik

hi folks.semua ok tak.ok.bagus.sebab pacik tak ok.
keadaan pacik memang tak berapa nak baik sekarang ni.
pacik pon tak tau kenapa.

last week pacik start demam, pening kepala bagai.
pastu elok je demam, tetiba ada bintik2 merah kat kaki
pacik.pacik pegi la check kat hospital.
takut la jadi pape kan.

resultnya diorang syak pacik kena denggi.adess.
so, esoknya tu kena p amik dara lagi skali.doktor tu kata bukan
denggi.tapi untuk confirmation, td pegi amik darah lagi skali.
tapi tak leh nak detect lg.

tak pasal pasal esok kena pegi amik darah pulak lagi skali.
adoyaiii..abes lah darah pacik ni.

so, buat masa sekarang ni,pacik tak tau lg
apa keadaan sebenar diri pacik ni.
hopefully everythin' gonna b ok coz a new semester will b
start in a few days.
tak kan nak start sem baru ngn bintik2 kat badan kot.

pacik duk rasa nak demam campak ni sbb ada rasa gatal2 kat badan.
korang penah kena campak tak?sebab pacik tak penah.
tak tau pon macam mana nak buat kalau kena campak.
huhuhu

tengok lah esok macam mana keputusan darah esok pulak.
tak mau la jadik yang kurang baik kan.

harap2 semua ok.

nak g makan jap.
ok.babai

Tuesday 27 December 2011

enjoy di pagi hari

okay.bila pacik mention pagi tu, memang pai ye
bukan pukul 8 ke, 9 ke.tapi pukul 3 pagi hokay.sentap tau.

hari sabtu hari tu memang paln nak pegi pesta penang ngan mak angkat
pacik.pas tu kami nak pegi mandi kt kolam air panas kat ulu legong tu.
plan asalnya nak gerak pukul 6.sempat pegi pesta penang dulu.
pas tu terus gerak pegi kolam air panas pulak.

dan namanya plan kan, tak semestinya berjalan dengan lancar kan.
dengan masalah itu ini, kami gerak pon dalam pukol 9 gitu.dah tu, dari kangar
ke penang mau 2 jam lebih gak.last2 kami gerak pergi kolam air panas dulu.
sampai lebih kurang pukul 2.30 gitu.ramai gila orang kot.nak parking pon susah.

elok je sampai, apa lagi terus p berendam.hahahaa.dalam duk pusing2 area tu, pacik
terserempak dengan member pacik yg duk study kat USM tu.
apa lagi.menyembang la.hahaaa.dalam 3 jam jugak ah pacik duk berendam dalam kolam
tu.sampai kecut abes semua atas bawah.tetttt.

dalam pukul 7 tu kami gerak pegi penang pulak.niatnya nak pegi pesta penang.
dah tu baru pukul 7 pagi.pesta bukak pukul 7 petang.ades.jenuh nak menunggu.

jadik, kami duk pusing2 penang je la.

dalam pukul 6 lebih baru gerak pergi nibong tebal.fulamakkk
penuh manosiaaa.lagi skali kene jalan jauh.dem.

kat pesta ni.banyak la jugak pacik derma duit kat taukeh cina tu.
skali skala buat baik kat orang, apa salahnya kan.muahahahaaa.

dalam pukul 12 lebeih baru kami balik gerak kangar.
pukul 3 baru sampai umah.bagus kan.

tapi kesian kat pacik.
sampai umah.terus demam.jemm terus

Saturday 24 December 2011

Monday 19 December 2011

Mission Impossible 4...terbaikkkk dari ladang

Mission Impossible 4 : Ghost Protocol merupakan siri keempat dalam
cerita MI ni. Jadi, semalam pacik berpeluang untuk nengok cerita ni.
Bukan free ye. Sebab pacik bukan retis. Jadik, semuanya adalah tanggungan sendiri.sedih.


semart kan poster dia.nak curi satu nak tampal kat bilik.boleh feellin' jadik tom cruise.gampang.
jalan cerita ni tak complicated sangat..auwww..cakap omputih pulak.sepak sedass.
cerita ni pasal pat orang agen ni yang nak curik kod rahsia untuk pelepasan nuklear.
diaorang ni memang tak da plan yang betul2 punya sebab diorang ni dah disingkirkan dari jadik agen.
tapi sebab memang tak da orang lain dah, so diorang berpakat untuk setelkan case ni.

asalnya tiga orang je agen tu.agen hunk, agen benji ngn yang pompuan tu pacik lupa nama.dar tua.
pas tu tambah lagi sorang agen yang kononnya pakar analisis setiausaha USA tu.tapi pacik paling suka ngan benji tu. tak abis-abis duk buat lawak.

paling solute lah ngan tom cruise tu. walopon dah 49 taun umor dia, still lagi buat sendiri stunt2 yang dasyat tuh. yang paling menakutkan time dia panjat Burj Dubai tu.

hah..ko brani??

giler apa panjat menara ni guna sarung tangan tu.huhu.berpeluh tengok.nak jugak beli sarung tangan tu satu.kat TESCO ada tak?......ok, tak lawak.

lagu satu pacik suka tengok keter2 dalam cerita nih.fulamak cun ah.tapi yang paling pacik minat yang ni

semart kan.huhhh.nak sebijik

bagi pacik, pacik rate cerita ni 4.9 star.boleh?
dah tu nak buat macam mana. dah cerita ni memang best. rate haruslah tinggi kan.

pacik tanak lah cakap lebih lebih. korang g tengok la sendiri ye.yang pacik tau.memang tak membazir la doblas ringgit tu campur 5 ringgit buat beli popcorn.

ok.babai

Sunday 18 December 2011

saya janji coach!!

coach : dah dua taun kan ko trening ngn coach

pacik : aahh..nak masuk 2 taun

coach : ok.taun dpn nak timing mesti 48sc

pacik : erkk..ok

Friday 16 December 2011

hormat menghormati itu penting

salam jumaat semua peminat pacik.

pernah tak uols kena pulau?
amboi uols gitu...bluewwww..pelempang sedasss
tak pernah?syoknya
pacik pernah tau kena pulau.
sob2

2 kali kalau tak silap pacik.
semuanya sebab menda2 yang simple.

salah satu sebab pacik tegur ada sorang budak junior ni
pakai selipar untuk pergi cafe time kuliah.
pacik ni yang senior pon tak berani nak pakai selipar,
junior ni selamba badak je.badak juga dipersalahkan.

macam biasa la kan.dan zaman IT kan.
pacik pon undate la pasal ni lam pesbuk pacik.
nah skali ada sorang mamat ni sound2 kami para senior
guna unindentified acc.ala macam ghost la.

pacik tak hangin.pacik kan cool.member pacik la hangin
apasal nak sound2 pulak.
kalau tengok dari ayat tu, mmg agak kurang ajar la.
bukan apa, respek la sikit.kami ni senior.
bukannya nak mintak sembah sujud ke hapa.
tapi tolong lah jaga sikit budi bahasa tu.

akibat dari kes ni,
ramai yang ingat pacik timbulkan isu ni.
jadik, budak2 junior ni pon pulau pacik termasuklah
ada tiga pat org yang memang kamcing ngan pacik.
kesian kan.

tapi menda tu dah lama.
pacik pon dah ok.
cuma apa yang pacik nak gtau,
kalau kita hormat menghormati sesama kita,
hidup kita akan lebih bermakna.
cewahhh

ehh, ada kaitan tak cerita ni dengan tajuk entry?
ahhh..lantakkkk..belog pacik kan..muahahaha

ok.babai

Thursday 15 December 2011

memang sampai bila-bila pon tak leh maju kalau macam ni~

assalamualaikum peminat kipas susah mati pacik semua.bluekkkkk.terbelahak
dasar perasan memang macam ni.pelempang sedasss.

almaklumlah cuti semester kan.otak mestilah jem sikit.
perangai pon macam bangang je.tak sedar tua.
gampang.

seronok ja kawan kawan pacik bercanda ria bersama keluarga di kampung kan.
tapi pacik?nan hado lah weh.kena stay perlis ni.tak leh balik sebab nak kena
focus on training.padan muka pacik.
pacik training 5 hari seminggu.ya tuan2 dan puan2.5 HARI YE.

pacik training petang.jadi pagi2 tu pacik adalah tolong macik kat area rumah
pacik ni meniaga kat gerai makan.daripada duk membongkang je kat umah kan.
buleh jugak cari pendapatan untuk next sem sebelum elaun masuk.
biasalah, pacik ni bukan blogger retis.nak dapat ribu riban sebulan kan.

okay, balik pada tajuk entry ni.
dah nama pon gerai makan kan.depan office pulak tu.mmg sibuk la sikit.
pacik ni bukan nak mengumpat.tapi nak bercakap pasal realiti.senario masyarakat
kita sekarang.

gerai ni buka pukul 8 pagi.jadik, ramai la staf2 ofis ni datang.
biasanya diorang datang dalam pukul 9 macam tu la.
standard kerja kerajaan kat malaysia ni kalau tak silap pacik dari pukul
8 hingga 5 petang kan.tak pon dalam 4.30 cenggitu lah.

bukan nak mengata la kan, staf2 ni duk melepak lebih kurang sejam dua.dah tu,
kalu p minum pukul 9, tak ke pukul 11 baru masuk ofis balik.bila time nak buat kerja?
pas tu pukul 12.30 diorang ni keluar pulak untuk lunch.masuk balik pukul 3.
pukul 4.30 dah blah balik umah.dah tu macam mana?

kira la berapa jam diorang tu dalam ofis tu.campur tolak sembang2 dalam tu.
berapa minit ja masa untuk buat kerja?

dah tu macam mana?
kalau lewat bayar gaji, tau pulak nak hangin.
kalau tak da bonus ke hapa, duk bising pong pang sana sini.
dah kau pon kerja macam haram.memang patut la macam tu.

kalau berterusan macam,
memang tak kan maju la kita.
duk tunggu nak kena suap je sepanjang masa.
memang gemuk la kau.

pacik harap pacik nanti tak jadik macam ni.
doa2la banyak2 ye.

ok.nak g makan.babai~

Sunday 4 December 2011

dasar tua kan

pacik nak uplod satu gambar
boleh tahan la gambar tu

tapi carik2 tak jumpa
hadoiiii...dah tua2 macam ni biasa la kan
otak tu lembab la sikit.dasar.

tak pasal2 tak da idea nak hapdet.
nanti pacik carik sampai jumpa.

ok.babai

Thursday 17 November 2011

selamanya......HARIMAU MALAYA!!!!

puas hati!!!!!

padan muka kon indonesia.belagak sangat kan.kan dah kalah.
hahahhahahaa.pacik suka.

sayap garuda kena baham dek harimau malaya.
cayalah.

agak mendebarkan jugak la perlawanan tadi tu ek.
macam biasalah, Malaysia ada banyak peluang untuk skor gol.tapi melepas.huh.
kalau tak mau 5-0 kan.tak agak2 pacik.

tapi tadi paling pacik sakit hati ngan telatah rakyat indonesia yang mana
tak reti nak respek lagu kebangsaan negara kita.apa ke bangang diorang tu.
macam tak da tamadun.Gampang.

apa apa pon tahniah sebab dah menyebabkan stadium keramat indon tu senyap tadi.
pacik loikeee.

gud luck untuk semifinal pulak.

jumpa Myammar kot.huh.

ok.babai

Friday 11 November 2011

11.11.11

kenkonon nya la kan

orang duk pulun buat entry konon2 sempena tarikh lawa ni.
pacik pon nak buat jugak.walopon tak tau nak cerita pasal hapa.
dasar.

tarikh ni mucul seratus tahun skali ja.
maknanya tahun 2111 pulak la ada tarikh macam ni.
ramai orang kawen hari ni kan.
yang berebut nak beranak tarikh ni pon ramai.
adoi..macam2 ragam.

pacik macam mana pulak?

baring2 tido kat umah lagi best.
minggu depan final exam.satu hapa pon tak baca lagi.
bagus.

Thursday 10 November 2011

lu tak respect guwa, sampai bila2 guwa takkan respect lu...sial

dasar bangang.tak pasal pasal pacik naik hangin.apa ka bodoh punya orang.
kalau ko tua dari aku pon, agak agak la.respek la kami ni.
tak kan nak suruh aku tunjuk middle finger kat muka kau jugak.dasar.

kesnya petang semalam, pacik nak hapdet semalam tak da mood lagi.
petang semalam pacik pegi la main tennis ngan member pacik.macam biasa la kan.
dah tu je keja pacik petang petang. kat situ ada tiga court.
ada sekumpulan pakcik2 ni biasa diorang guna court tengah.lepas tu court yang sebelah kanan
tu coach pacik ngn member pacik main single.so,pacik ngan member pacik sorang lagi ni pegi la main
kat court yang sebelah kiri tu.pepandai la korang nak imagin ye.

pacik2 yang court tengah tu main double.pacik ngan member pacik ni main single.
elok2 kami tengah lawan, tetiba ada la tiga pat orang geng pacik yang baru sampai masuk
kat court yang kami tengah lawan tu.apa kes???

agak agak la kan.kami tengah lawan kot.tetiba masuk tu apa kes.
dasar bengong.kalau ikut kan hati pacik nak ja pacik sound diorang.nasib baik coach pacik ada
kat situ.kalau aku aku boleh respect time korang main, apsal korang tak leh nak respect time kami tengah main.

tak pasal pasal hilang mood nak main tennis semalam.

bengong!!

Friday 4 November 2011

kali ke 2 kena...nak BENGANG boleh?

hari tu dah kena skali
time tu beli kat The Store.ye THE STORE.bkn kedai runcit biasa.

kali ni kena lagi.kat 7 ELEVEN pulak.apa kes.
tulis expired 2012.skali bukak masam.

bengang.rasa malas dah nak beli susu kotak.tapi, pacik dah tua.memang
nak kena minum banyak susu.dem.

korang penah kena tak?
terbeli susu masam??

Thursday 3 November 2011

patot pon..sedap rupanya

semenjak dua menjak ni pacik ada la jagak duk blogwalking dalam belog retis kan.
duk tengok diorang dup hapdet pasal pizza baru kat PIZZA HUT tu.apa ntah nama dia.yang ada 7 jenis cheese tu.

yang macam ni kot.


teringin la jugak nak g makan kan.

pacik tanak la menghampakan kehendak perut pacik yang comel ni.nanti meragam pulak.heh.dasar betul.pacik pegi la try pizza ni pizza hut tu.tak kan nk g kedai mamak pulak kan.dem.
yang paling tak leh blah pacik pegi ngan member pacik ni lepas trening tau.dengan pakai short pants segala.bangang kan.

boleh tahan la pizza ni.tekak pacik boleh la telan menda ni.kalau ada sapa sapa nak belanja pacik.dipersilakan.pacik tak segan.

yang tak ok time ialah servis diorang.memang tahap gaban la.tension tau pacik.biasa kat pizza hut kan diorang dah susun elok elok kan pinggan,garfu, pisau segala tu kan.ini tak,diorang main letak je.apa cer.dah tu service charge tu untuk apa.bangang betol la.nasib baik pizza sedak.haishh

ada akak yang duk tepi pacik tu duk membebel bebel pasal servis diorang ni.ye la.akak tu dah order kan, pas tu staff pizza tu datang gtau yang diorang mintak tu dah abes stok.tiga pat kali gak ah.kesian kan.cuti sem ni pacik nak g mintak kerja kat situ.diorang macam tak cukup staff tu.memandai je kan.

pagi ni rasa nak g brepes kat kepchi.auwww.kelas kau pacik.
teringin nak makan chessy egg bun pulak.

okay.nak siap siap.nak g kepchi.

bye2

Wednesday 2 November 2011

ohh ketagih la pulak!!

gian gian...tobat gian

jangan nak pikir bukan bukan. pacik tak main tau menda tu.
pacik ketagih menda ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
menda ni
boleh?

korang penah main tak game SMURF VILLAGE?
game ni macam farmville la jugak.sepesen je.buat buat kampong.cucuk tanam.bina bina umah.macam tu la.


ha.macam ni lah.best tau.tapi dia macam amik masa la sikit.nak buat umah pon amik masa 2 jam.yang paling tak tahan, nak buat jambatan sampai 120 jam.apa kes.padahal jambatan tu kecik toit je pon.sentap pacik.baru ja pacik main game gami ni.tiga pat hari baru.baru je level 10.tapi nan hado, gian tahap gaban.

rupa dia lebih kurang macam ni lah

tapi ni dah level tinggi.jadik paham paham lah village pacik tu tara mana kalau setakat level 10 tu ek.dem.
ni pon tgh tanam stoberi.pukul 6 pagi esk baru masak.adess.nak kena bangun awal la pulak.nanti buruk tanaman tu.sia sia.membazir duit pacik ja.

pacik suka game ni sebab smurf tu comel.macam pacik.gampang kan.lantak lah pacik nak kata pacik ni comel pon.dasar.rumah rumah dia pon comel.macam cendawan gitu.warna warni lagi.pacik suka la.

sekarang ni tengah cari game ni untuk  versi pc pulak.baru puas hati kan.besar sikit.biasala.tua tua ni, kalau kecik kecik tu tak nampak sangat.kecik sangat nak main dalam tab ni.tak puas.huh.

ohh..rumah baru dah siap, nak g check kejap.

bye2

november dahh...kejap nye ekk


ehh...kejapnye..baru je pacik rasa buat entri utk awl oktober..
biasalah kan, orang pemalas memang macam ni..sbln 3 4 entri je.dasar.
bulan ni bz sikit kot.perlu ke ada "kot" tu.dem pacik.

minggu depan cuti raya.yay.boleh balik kampong.kalai ikut hati pacik nak je raya kat perantauan nih.ceh.
perantauan la sangat.perlis je pon.bajet duk obesi.tampa kangg.pacik kena balik jugak sebab raya pertama tu bapak pacik buat korban.pas tu mak sepupu pacik buat makan makan sebab naik umah baru.eh, ye ke mak sepupu?.lantak lah.raya kedua pulak mak sedara pacik buat korban.jadik memang kena balik la kan.huh.padahal baru je balik cuti raya depavali minggu lepas.

naik je cuti, terus exam.bagos.memang banyak la pacik studi time raya kan.jem.
dasar pemalas memang macam ni.

bulan ni jugak classmate pacik buat kenduri kawen.kena pergi.wajib.nikah time raya puasa hari tu.tapi baru buat kenduri.tetiba rasa nak kawen jugak.gampang.

yang paling hepi, kaki pacik dah ok,boleh start trening balik.yay.
apa kes nak kena gtau ni?dasar.huh.

tak tau nak ending camna.

bye2

Monday 17 October 2011

sakit tapi bahagia

dah nama pon pacik kan.....sangap!!
minggu ni baru je abes karnival sukan IPG zon utara.
karnival ni melibatkan 5 buah IPG zon utara la.dah nama nya karnival sukan, konpem2 la kena main sukan.tak gitu?
ada 9 jenis sukan yang diorang pertandingkan. dan ada tiga fasa karnival ni.

pacik ni ada la kebolehan sikit dalam main tenis ni. walopon tak berapa nak pandai kan.boleh la sikit sikit tu.acececece
mula mula diorang paksa pacik main single.jahat kan.
memang la pacik takmau main single tu.penat kot.
memang la pacik boleh main, tapi dah kalau 2 taun tak turun court tennis tu, hancur la jugak.
last2 bagi budak junior tu main single.bahagia.

dia main sistem liga, maknanya kena lawan semua IPG ni.huh. 4 game la maknanya.
malas pacik nak cita satu2 game ni. senang nak habaq mai, kami menang semua 4 game tu.hahahaa
makna kami juara la kan. lalalalaa. terer tak pacik?
tua2 berisi taun. erk.
ada satu game tu, kami main kul 11.30 sampai 12.45 TENGAHARI. huh. nak pitam.
apa yang buat pacik gembira tak terkata ni, kamenangan kami ni membolehkan IPG kampus perlis muncul juara keseluruhan untuk karnival ni. ayat skima. demm

nah hambik penutup entry 

hahaa...dengan kaki berbalut tu.
sekian~

Thursday 6 October 2011

SURVIVOR....they're back!!

SURVIVOR SOUTH PACIFIC!!

yehhaaa....this show antara shows yang paling pacik suka tau
tak tau la sejak bila pacik layan survivor ni
dulu2 ala layan sangat sebab ntv7 ada tayang survivor ni
tapi tgh malam kot. kadang kadang terlepas jugak. pacik start obses ngan survivor ni season brapa ntah yang survivor cook islands tu. yang mana YULE lawan ngn OZZY kat final. memang terbaik ahh. Yule ni one of the most stragically player yang penah main survivor manakala ozzy plak antara cast yg paling kuat. 

kalau sapa layan survivor ni mesti tau sapa yang paling famous kat survivor ni..

haah..dia ni

RUSSELL HANTZ

dia ni memang gila...dia cast yang pertama yang dapat jumpa hidden imunity tanpa guna klu pon. kalau skali xpa, ni tiga kali kot. dia ni memang villain ahh. dia boleh hasut semua orang dan orang yang dia tak suka konfem2 akan keluar. jahat kan dia ni. 

untuk latest season ni, ozzy is back...
sama macam season lepas gak. season ni pon ada redemption island. maknanya cast yang terkeluar berpeluang untuk join balik dengan syarat kena menang kat redemption island tu la. 
macam biasa ada dua tribe iaitu UPOLU ngn SAVAII. kat dua2 tribe ni ada otai survivor. kat UPOLU ada coach dan kat SAVAII pulak ada ozzy. yang paling best, nephew RUSSELL HANZ (brandon)ada jugak dalam season ni. dia dalam tribe upolu. dah 3 episod pacik tengok, Brandon ni bodoh skit.tak macam russell. dia tergopoh gapah skit. ahahahaa

kalau sapa sapa nak layan gak survivor ni sila kelik sini
dia ni sorang je pacik jumpa kat utube yang haplod survivor season nih

dah..nak tgk episod 4 pulak~

Tuesday 4 October 2011

nikmatnya hujan...fuhhh~

korang pernah main hujan tak?
tak pernah..nampak sangat tipu kan..
tak hagak nak tipu pacik ni kan..

pacik tak ingat bila last pacik main hujan..
masa banjir tahun lepas kot..
tu pon terpaksa redah hujan. tak da nikmat langsung..sambil duk bawak beg
macam pelarian

tetiba tadi time training, hujan mencurah curah turun
weeee..nikmat gila training dalam hujan
tak terasa penat pon kena lari 20 laps tadi..pacik suka sangat
kalau semalam 10 laps dah mengah..nak muntah pon ada
nak seksi seksi bukak baju tak boleh tadi..
ada budak pompuan..malu la pacik
padahal tadi lari dalam hujan pon pakai baju putih gak..
habih nampak tubuh sasa pacik ni...
erkk..sasa ke?

time hujan mesti nikmat kan..
paling nikmat tido la
kalau gerak, jangan harap la nak bangun dengan bahagianya..
tak da makna...
duk dalam selimut lagi best...

ingat dulu time kecik kecik
suka bebenor main hujan
skali tu ada la main aci sorok ke hape ntah..main kejar kejar kot..
pak cik kan duk area taman, sudah tentulah banyak longkang kan
jangan nak harap la longkang tu macam longkang kat kampung
korek korek tanah, jadi lah longkang
kat area rumah pak cik ni semua longkang konkrit

sekali tu tengah main kejar kejar ni,
time tu pacik kena kejar
dah kena kejar, kita lari la kan
lari pulak tepi tepi je longkang tu
skali pacik toleh belakang nan tengok member tu..tetiba bedebukkkkk
hamik kau, tersungkur dalam longkang tu
bukan besar sangat pon longkang tu..paras betis je pon
tapi dah nama nya jatuh kan..berdarah jugak la kaki
pedih tu tak yah cakap ahh
memang hazab ahh
yang paling tak tahan tu, bangun terus sambung lari..boleh pulak kan

macam macam la zaman kecik ni kan..
kalo pacik p main kejar kejar time umor cenggini,
mau orang kata gila ke hapa...haishhh

harap2 esok hujan lagi..boleh main hujan lagi..weee

ehh lupa esok training kat gym...memang tak basah kalau hujan pon..
kempunan la pulak...

korang dah sentap santap ke?
pacik baru nak p santap ni..

jom~

Monday 3 October 2011

senak biji mata

dah muak tengok brawing block ngan kaler ni..

tension weh..

tapi nak kene siapkan jugak fibal ni..

adoyaii

Sunday 2 October 2011

rezeki lagi....konpem tak tolak

alhamdulillah...malam2 dapat makan nasi beriani...
spoil diet pacik...muahahhaa
jarang kan memalam orang makan nasi beriani..kalau jumpa pon kat kenduri kawen ke, majlis2 ke..tapi dah orang ajak...hadap je..kalau tolak kan, orang cakap sombong pulak...tak gituu

terima kasih kpd abah dan mama yg ajak pacik makan nasi beriani nih yer..
jangan salah paham pulak, bukan abah ngn mama pak cik yang betul ekk..
mereka2 ni pengasuh kpd anak coach pacik..tak tahu kenapa tetiba rapat ngn famili diorang ni..pacik pon heran....lalalalaaaa

kalau ngn famili coach pacik tu mmg pacik rapat la jugak..pacik rapat ngn anak dia 2 orang tu..kecik2 lagi...
tapi kalau ngn abah dan mama ni pacik tak tau sejak bila pacik jadik rapat...erkk..nak pitam

kalau nama pon makan nasi beriani kan..konpem2 lah tak reti nak makan sikit...
sekali tambah lah jugak...
memang jem la..hahahaaaa

perut dah kenyang, mata pon pandai je layu2 kan...
tapi sory la kalau nak tidur awal kan..berlambak lagi keje nak kene setelkan ni..
drawing final pacik pon tak setel lagi ni..
tak de maknanya nak guling2 dengan bahagia...demm

pening tengok colour byk sangat ni....nak tido~

Saturday 1 October 2011

lets ChurpChurp

nah..join menda alah ni la pulak..

saja bosan..manalah tau kan..kot2ada rejeki..
boleh lah kongsi kan..

tak gitu??

already october??

As time went by very quickly ..
until sometimes we even do not feel how quickly time goes on ..

Posted October months may throw busy month for me .. I need to complete a lot of work .. huhhh


cewahhhh...bajet la tu nak tulis omputih kannn..ntah betul ke tidak..nak kene check ngn google translater ni..muhahaha

pejam celik pejam celik dah bulan 10 dah pon kanss..kejap gila masa berlalu..
bulan lepas myb bulan yg paling malas pacik nak hadap belog ni...apa tak nya..2 entry je kot..entry raya pon pacik tak buat...apa kejadahnya ada belog kan..sighh..lantaklah..dah nama pon malas..muahahhaaa


minggu nak kene prepare untuk amali lagi..aduyaii
banyak lagi kot yang tak setel..
hadap pesbuk boleh pulak kannss...
bila part buat keje ja, tetiba malas pulak


mungkin bulan ni pacik akan lebih rajin skit nak buat entry2 baru...
alahh..bulan lepas pon cakap camni jugak kan...


korang doa2 lah kat pacik ni supaya mood rajin nak tulis belog tu rajin skit kan...
dapat lah jugak korang ngadap belog pacik yang tak berilmiah ni..


kalau ikutkan, mmg banyak menda yang pacik nak masukkan dalam belog nih,
tapi malas bebenor nak taipnye..
kan best kalau kita cakap je..tetiba kuar je tulisan kat skrin laptop nih..haishhh
tak lah lenguh sangat tangan ni nak menaipnye...kan3


pacik bukannya suka sangat nak buat entry panjang2..
dua tiga ayat je abis..bolehh??
hak3


ni pon dah malas dah ni....nak g mandi dulu...keluar berfoya2 jap..


jom~

Sunday 18 September 2011

terima kasih Ya Allah

terima kasih ya Allah diatas nikmat yang telah Engkau berikan sepanjang 22 tahun aku berada di muka bumi ini...
alhamdulillah, hari ni 18 september, genaplah umor pacik 22 tahun...makin tua pacik ni kan..makin pendek umor kita...
moga2 Allah sentiasa memberkati apa yang telah dilakukan..
yang paling penting, pacik harap agar pacik dijauhkan dari perkara2 yang jahil yang mana mendekatkan pacik dengan azab neraka...nauzubillah.....

Monday 12 September 2011

penat...penat...penattt

salam berbelog kembali...
fuhhh....bapak lama gila pacik tak hapdate belog ni
malas kan...dush2

al maklumlah, bila dah dapat title dato' ni kan,
tahap kebizian tu tinggi la skit...lalaaaa

dua minggu ni memang pacik penat gila2
gila pon tak penat macam ni..sob2
dah la raya pon xda feel sangat..huhuhuuu
*sbb tak leh makan ketupat ngan lemang
raya hari tu opcos la pacik balik kampom pacik yag tercinta..terengganu tersayam..acececee
pacik balik perlis balik tiga hari je..pastu terus ke negeri sembilan untuk join N9 open..
pat hari kat sana, smlm terus balik perlis ..fuhhh
kalo naik bas takpe, leh tido je kan...ni drive sendiri beb..tu yang penat tu...

nasib baik smlm coach pacik baik hati nak drive keta..hak2
dia kesian kot kat pacik sebab paciki punya event petang tu, penat la nak drive..heheee
ni pon penat tak hilang lagi..

nak sambung tido..bye!!

Thursday 25 August 2011

selesai sudah.......

ahkirnya...

berakhirnya praktikum pacik fasa 2 selama 2 bulan kat sk bandar baru sintok...
agak emo la jugak pacik time2 nak berpisah tadi..
al maklum lah, pacik ni kan cikgu yg penyayang...sob2

selama 2 bulan pacik kat sekolah ni, macam macam benda baru yang pacik belajar.
tak larat nak taip kat sini, banyak sangat
kalau taip, mau 7 hari 7 malam korang baca tak habis

sekarang ni nak kene setel esaimen je la
pas tu boleh kemas2 baju, nak balik kampom...yeayyy
baju tak basuh lagi...adesss..antar dobi je la...muahahaaa..dasar pemalas

malam ni pacik sorang2 kat umah, housemate semua dah balik..
sapa nak teman pacik bukak posa?
meh laa...pacik belanja...jom2

ehhhhhh...leri tajuk pulakk...silap...silapppp

sem depan ada lagi skali praktikal..yang ni lama sikit la..3 bulan..
pas tu pak cik akan mula berkhidmat sbg penjawat awam...insyaallah..

doa2 kan pacik ya...
nak g mandi jap

daa~

Saturday 20 August 2011

blog PILIHAN SAYA ialah.....




belog2 pilihan pak cik ialah....jeng.jeng jengggg

.

.

.

.


.



wow...striky giler background belog ni...pacik suka sgt2



memang paberet pacik la belog ni....sangat comel rama2 tu...satu lagi, macih puji pacik erkk nad...pak cik maluu...muahahahaaa..
*sory, tak leh nak copy header..sob2


SIMPLE!!!
tak serabut pacik nak baca..memudahkan golongan2 berumur macam pacik ni baca....i loikeee.




shantekkkk header..nak satu boleh??




pacik suka sgt2 ngn quote belog ni....cun ahh..



Purple??
1st pacik masok belog laki kaler purple....rakan seperjuangan pacik sbgai bakal seorang guru..
tp masih junior lagi mungkin.....nice belog




seksi bibir awak....mengamcam bangat!!




amboiii...shantekk header hari raya...suka belog ni sebab kaler hitam..boleh?


woooww..wowww...kalerpull.....tapi tetap gojes...




1st time terjah belog ni...simple je..pacik suka ngn header tu....

BEN ASHAARI nak blog dengan segera


uols nak join jugak kelik sini

Tuesday 16 August 2011

rezeki jangan di tolak....tak gituuu

salam ramadha semua..

bulan2 posa ni kan biasanya rezki murah kan..hak3
kalau ikut yg lepas2, banyak kali lah jugak orang blanja bukak puasa..
kalau bab bab makan ni, konpem la pak cik tak tolak..
bukan apa, kalau tolak kan, mau pulak terasa hati orang yang jemput tu..susah la pulak kan...kannn

hokay, balik kepada tajuk entry yeer..
dah basi pon cerita ni..takpe lah pak cik nak cerita jugak...
bulan bulan puasa ni pak cik biasanya masak sendiri kat umah..
tu pon hujung minggu je lahh..kalau weekdays tu housemate pak cik yang masakkan..al maklumlah pak cik kan ada trening...hahahaa..keji kannn..pak cik balik makan ja..ada la tolong sikit2 tu...

hari sabtu aitu, syok2 tengah layan movie ni, dalam kul 5.30 cam tu kot..time ni tak masak lagi..awal lg..
tetiba coach pak cik yak ni encik Nazmizan call pak cik, macama pelik jugak lah kan tetiba call hujung minggu pak cik yang bahagia ni...haishhh
dia tanya lah hari ahad pak cik ada kerja ke tak..
dah namanya hujung minggu kan, mestilah masa untuk bersenang lenang...opcos la pak cik free...
pas tu dia ajak p bukak puasa kat Hotel Seri Malaysia, erkkk..terkezut jugak lah lagi skali..
tetiba pulak ajak bukak puasa..dia cakap dia nak belanja..
pak cik tak kan lah nak tolak kannn..kecewa lak coach pak cik ni..muahahahaa
siap gtau suruh pakai baju hijau lagi..ikut tema katanya..urmmm..

hari ahad tu pegilah kan kt seri malaysia tu..
mati2 pak cik ingat bukak puasa skali ngn member member training pak cik..
ropa2 nya dengan family dia...adesss
nasib baik lah pak cik kenal semua family dia tu..x lah segan sangat kan...lalalalaa
tak lah ramai sangat..dalam doblas orang kalau tak silap pak cik la..
coach pak cik ngn wife ngn anak2 dia 2 orang yang comel, adik ipar dia merangkap member pak cik pas tu family pengasuh anak dia..kira pak cik kenal semua la...

makan kat hotel ni, boleh tahan la...nak kata vogue sangat tu tak lah kan..tapi puas hati lah..
dah la free kan..syukur alhamdulliah...rezeki kannn

kalau ada sapa sapa yang nak belanja pak cik bukak posa pak cik on je..
jangan segan2 lak nak ajak pak cik ni..
muahahahaaa...

ok, sambung cerita len kali lak...daa~

Sunday 14 August 2011

join OCTOVE

apa tu octove?
pakcik mula2 dengar pon pelik gak..macam pelik ja bunyik tu kan..hahaa

octove ni laman sosial yang baru..
yang bestnya, laman sosial ni made by Malaysian...
pak cik dah join..
korang semua tak nak join ke?
jom sama sama kita meriahkan OCTOVE ni...

kelik sini kalau nak join

Saturday 13 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 14

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 13

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 12

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 11

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

selamat beramal~

Friday 12 August 2011

manusia...malaikat...syaitonnn

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
...
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday 9 August 2011

alhamdulillah...rezeki..kita terima seadanya

wahhh...mesti hari ni penjawat awam senyum lebar kann..kannn...kannn
dah tu, dapat bonus raya setengah bulan gaji, mau tak senyum...kalu kalu sapa sapa tak nak, meh bagi kat pak cik ni..nak buat beli baju raya..

walopon tak la sebanyak banyak man, tapi syukur la kan...ada la jugak..sekurang kurangnya lepas la duit tol ngan minyak balik kampung tu kan...idak nye gitu teman oii..boleh la bagi duit raya lebih sikit taun ni..muahahahaa

tapi pakcik???
nan hado...mana ada bonus lagi..
pak cik tak keja lagi..sob2
2013 baru pakcik mula mengerah keringat pak cik untuk negara yang terchentaaa ini...
mintak2 time tu,bonus raya diorang bagi 2bulan..hak2

dah tu apa kaitan cerita diatas ngan tajuk entry ni?

haishhhhh..
pakcik dapat bubur lambuk tadi...tu la rezeki pakcik untuk hari ni..bersyukur la kan..siap dapat bendera free lagi..letak kat kereta..al kisahnya petang tadi, time pak cik nak g training..errk, bulan posa pon training ya...nak pitam rasa..huishhh...otw nak g stadium tu, tetiba jalan jem..hairan gak la kan, sebelum ni tak penah pon jem sampai macam ni..ingatkan JPJ ada buat rush ke hape ke kan...dah tu mula2 skali pakcik nampak abam JPJ..kalut pakai seat belt..muahahaha...elok kat depan skit, nampak ramai orang, skali tengok diorang duk lekatkan jalur gemilang kat kereta..dah tu, benda orang bagi free,tak kan kita tak nak..bangang la pulak...

tak pasal pasal hari nak g stadium amik masa 20 minit..biasa 5 minit je pon!!

takpa la..janji dapat bubur lambuk free..hoyehhh

kelebihan solat terawikh # malam 10

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 9

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 8

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

selamat beramal~

Saturday 6 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 7

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

tidakkah kita tahu betapa besarnya rahmat berjuang di jalan Allah?sesungguhnya sesiapa yang syahid dijalan Allah, nescaya syurga lah tempat terbaik untuknya...
selamt beramal~

jam tak bunyi ke, aku yang tak dengar?

dah 3 hari pak cik tak sahur. bukan tak mau sahur, tapi tak terjaga..muahahaaa..kesian kat roti pak cik. tak de sape makan...pak cik pon tak tau kenapa, sama ada jam pak ciktu tak bunyi atau pak cik ni yang tido tak hingat donia....sob2~

memang bolah tahan la darjah kelaparan tu bila kita tak sahur ni..lagi2 pak cik ada training lak tu..petang semalam teruk gak ah, nak pitam rasa..hahahaa..kesian kan..kann.kannn

tapi pagi ni, alhamdulillah pak cik TERjaga...hoyehhhh..boleh buat air milo ngan makan roti yang duk bertepek kat atas peti tu..lalalalaaa...nikmatnya sahur..fuhhh

kelebihan solat terawikh # malam 6

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 5

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

korang tau tak betapa besarnya ganjaran apabila kita menunaikan solat di kitiga-tiga masjid ni?
ya Allah, sangat besar ganjarannya....

selamat beramal

Thursday 4 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 4

mintak maap la ya..pakcik tak sempat nak hapdate semalam...
tapi pak cik nak gtau jugak lah

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

setiap huruf yang kita baca dalam kitab suci Al-Quran memberi kita 10 ganjaran..dah tu, kalau dah senaskah?ditambah lagi dengan kitab suci yang lain..cuba bayangkan...
boleh bayangkan tak?
tak boleh kan..

selamat beramal~

Tuesday 2 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 3

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

tidak mau kah kita para para malaikat berdoa untuk kita?
betapa besar rahmat yang Allah berikan..mari lah sama sama kita rebut peluang keemasan ini.
biarlah para malaikat sentiasa berdoa untuk kita...

selamat beramal~

NAHH rasakan nikmatnya!!

memang nikmat pon..
sakit anak tekak ni..aisymen..

1st time mengajar bulan posa ni..
fuhhh..memang mencabar beb..
baru tau macam mana perasaan cikgu cikgu dulu berteriak kat 
pak cik time dulu dulu..muahahahaa
sekarang giliran pak cik lak kan..
hambik kau..
sehari dh nak pecah anak tekak ni..
lagi 3 minggu lagi!!

cobaannnn~

Monday 1 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 2

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari melakukan dosa,
jadi apa salahnya untuk kita berusaha sedikit untuk menghapuskan dosa..memang diakui, menyuruh untuk kebaikan amat sukar untuk diikuti, tapi sedarlah betapa besarnya nikmat di penghujungnya.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 1

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

tak nak kah kita kalau kita bersih macam ni?
sedangkan kita nak tubuh kita wangi semerbak, agak agak 100meter dah boleh bau kan..tak bersih bahagian dalaman ni kita tak nak?

bersih luaran semua orang mampu..tapi bersih jiwa rohani, hanya Allah yang mengetahuinya..
selamat beramal~

salam ramadhan - selamat beramal

ramadhan datang lagi...
sekejap je kan...rasa macam baru je abes puasa tahun lepas..tup tup, dah tiba ramadhan yang seterusnya. sekejap sangat masa berlalu..cewahhh..berpuitis pulak pak cik ni..

ye la kan, hari baik bulan baik ni, harap harap dapat mencari sedikit ketenangan dalam menghadapi hidup ini kan. bulan ramadhan ini lah bulan yang sesuai untuk kita mengambil segala peluang yang ada untuk beramal kepada Nya..bulan lain pon boleh kan. jangan pulak bulan lain tu duk bercengkarama ja..haishh..kita hidup ini pon untuk beramal kepada Nya kan...betol tak..tapi orang kata, pada bulan ramadha ini, terlalu banyak rahmat yang diberikan kepada hamba hambanya..pandai pandai lah kita nk ambil peluang ni ke tak.

tahun ni tahun ke empat pak cik puasa di perantauan..acecece..bajet bajet obesi kan..hahahahaa
biarlah, felin felin pon boleh kan..pak cik harap puasa pak cik taun ni di perantauan yang jauh ini lebih baik dari yang sebelumnya..nak ambil semua peluang yang ada untuk mendekatkan diri kepada Nya..nak menyucikan diri ni dari dosa dosa yang banyak ni..korang macam mana? marilah bersama sama kita menuju ke jalan yang diredhai..berbelog tu berbelog la jugak kan, tapi jangan kita duk mengumpat plak dalam belog ni..muahahaa

salam ramadhan sekali lagi dari pak cik yang jauh nunn..
selamat beramal~


Saturday 30 July 2011

mood kembali!!!

akhirnya....yehaaaa
pak cik pon tak tau asal pak cik mandom sangat bulan ni..
malas tahap gaban nak hapdate belog ni..muahahaa

banyak keja sangat kot..erkk, ye ke?
macam tak betol ja tu..
ahhh..lantak lah pasal apa ponn..janjo malas kann..hak3

sekarang mood tu dah datang balik, 
jadik pak cik akan start rajin lah..
harap harap lah kan..
biasa nya awal bulan ja rajin,
lepas tu hampeh jugak..terok...terokkk

sekarang ni duk pikir lagi nak buat entry pasal apa,
urrmmm..pasal posa yer, nanti lahhh!!
hahh..kan dah cakap..malas la tuu...

otak pak cik ni sedang ligat berfikir untuk merancang perjalanan belog burok ni sepanjang bulan posa nanti..tgh plan apa pak cik nak menipu..hak3..

hari ni plan nak gi tengok captain america...
ada yg kata best, ada yg kata tak best..
papepon g tengok dulu..baru tau best ke tak..
tol tak?

hokay, ta dak idea dah nak merapu, 
pak cik nak g mandi lu..

chow~

Wednesday 20 July 2011

doakan pak cik ye

assalamualaikum semua...
lama pak cik tak merapu kat sini..
haishhh...rindu la pulak kat korang semua..hak3
korang pon mesti rindu kat pak cik kan...

erkkk...dah lari tajuk...
maap...maap..maappp!!!*buat gaya nabil

hujung minggu ni pak cik ada event besar..
minggu yang paling besar pak cik penah join kot..
al maklumlah amatur lagi kan..sob2

bertempat di stadium utama kangar pada 23 ngn 24 julai ni..
yaaa..hujung minggu ni ye
pak cik akan join Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan..
kenapa pak cik kata event ni besar?

sebab game ni merupakan qualification game untuk ke sea games end of dis year ngn malaysia open...hehehe
pak tak lah target sampai tara tu...
untuk amik pengalaman ja..hehe

cuma pak cik harap pak cik dapat buat personal best ja kat sini..
pak cik masuk 2 event yaa
400m ngn 4x400m...kalau dapat medal tu memang bonus la kan

jadik kalau ada sesapa yg duk area kangar ni, 
jom lah turun tgk pak cik lari..hahaha
tu pon kalau sudi la kan...emo lak..hempap kan baru tau

doa doa lah kat pak cik skali ye..
hehehe

ok..dah tak tau nak tulis menda...

bye~

Saturday 16 July 2011

mintak maap!!

al dek kerana kesibukan melampau sekarang ni,
kesian kat belog buruk pak cik ni..
tak pasal pasal menjadi mangsa kan..kan..kannnn

kalau free memang pak cik hapdate belog ni,
tapi nak buat cam na,
dah memang tak dak free..kesian kat pak cik kan

lagi lagi skarang ni pak cik dah start praktikum fasa 2..
ke arah menjadi seorang cikgu kan..lalalalaa
bertambah tambah la sibuknya
dah la pak cik kena hantar kat sekolah jauh..adesss
tensen pak cik

kul 3 baru sampai umah,
pas tu kul 4 pak cik turun trening plak..
ha, tengok lah..mana ada free lagi..
malam lak buat lesson plan..haishhhh

hujung minggu  ni la baru dpt rest skit,
ni pon tak basuh baju lagi ni...jap g baru nak basuh...
sapa nak tolom pak cik basoh baju, mai laaa

petang ni nk p relak relak ngn coach n member member trening..hihih
tapi tak tau lagi plan hape nya...boleh plakkk..adess

orite, dah la untuk entry mengarut kali ni
nak p basuh baju..da~

Saturday 9 July 2011

ohhh...nikmatnya

perghhh tajuk entry...felin felin ghairah pak cik ni..hahahaaa
orang lain duk pung pang pung pang pasal BERSIH, pak cik?
nan hadoooii...x amik port..malas pak cik nak layan benda benda cenggini
banyak menda lain lagi pak cik nak pikir

oit....oittttt dah lari dari tajuk ni..
pak cik nak cita pasal nikmat hari ni...
apa yang nikmat tuh?
saborr la...nak cita ni

setelah pat taun pak duk bertepek di perlis ni,
buat kali pertama hari ni pak cik dapat makan nasi hasil tangan pak cik sendirik..hahahahaa
pak cik kan bujang lagi..duk rumah sewa pulak tu
sebelum ni pak cik mana ada masa nak masak masak ni..
al maklumlah dah sampai level level Dato' kan..al-kesibukan tu al-melampaulah..

tapi hari ni pak cik ngn housemate pak cik telah berjaya untuk memasak dengan jayanya...hakhakhakkk
semangat gila kami p cari barang barang dapur...skali ngan peti ais tau...hamik kau
tak hagak hagak kan...lantak lah..janji puas hati..
walapon 1st ni lauk sardin ngan telor dadar je, kami puas hati
haippppp, bukan tak tau masak, tak sempat nak buat yang vogue2 tadi..hahaaa

semoga kerajinan ni berkekalan lah idaknyer..urmm..amin

ok..nak p minum ais sunquick tropika yang dalam peti ais..
nak pikir menu utk esk skali..lalalal

Thursday 7 July 2011

kereta oh kereta

mood gembira riang kerana htc baru pak ciktelah dispoilkan oleh kereta pak cik...nan hadoiii
tension tahap gaban dah ni...
habes duit pak cik...huhu..
lepas ni kena makan pasir goreng laaaa...jimat kannn!!!

kereta pak cik rosak terukkk wehh..tak leh start aitu..
p la antar bengkel kan..kalau bagi kat pak cik..
habihlah keta wira tu tukar jadi BMW..baru tauuu

basuk je bengkel, skali mekanik tu ckp overhaul..
mamposssss..
dia bagi 2 pilihan kat pak cik..
nak tukar enjin ke nak tukar barang dalam tu..

dah jenis kedekut kannn..pak cik tanya la harga dulu kan
tak kan nak main rembat ja...ingat bayar ngn daun ka
skali incik mekanik tu gtau harga dia,
mau tercabot anak tekak pak cik niiii....!!

dia gtau paling kurang pon makan la jugak dalam RM1500!!!
hamik kau...kat na pak cik nak korek duit niii

nak tak nak..lena la jugak kann
tak kan nak buang lak keta tu...adess

total repair keta pak cik tu RM1900!!!
nahhhhh...hamik lagi skali
kat mana pak cik nak cekau duit ni...hahahaha

kalau ada yang nak derma tu, pak cik suke...hahahahha
orite..nak p mandi jap...nanti sambung..da

Monday 4 July 2011

gegar blog JULAI 2011

 belog pak cik : kemana menghilang?...x ketemu juga

yeahhhh...gegar belog datang lagi..meh join meh...kali ni pak cik nak menang
hari tu sipi sipi ja..haishhhhh
kalau nak join sila ketipkan jari kome ke sini

Sunday 3 July 2011

gadget baru pak cik...wahhhh

jap....nak amik mood riang gembira di pagi raya nak tulis entry ni....
lalalalalalalaaa...........

setelah berpuloh puloh kali pak cik repair nset sony cabuk ni,
aknirnya nset ni selamat disemadikan di dalam kotak tepi dinding..hahahaha

kalau tak silap pak cik, kos yang pak cik guna untuk repair nset ni lebih banyak dari kos pak cik memula beli nset ni dulu..

last last skali pak cik buat keputusan untuk beli nset baru..berbaloi tak?
ohhhhhh...amat berbaloi baloi

nak tau pe pilihan pak cik?
jeng jeng jeng!!!!!!
macam biasa laaaa...skroll dulu..
kali ni panjang skit sebab mood rajin datang..hak3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
htc wildfire s

amacam ok tak?
pak cik tak mampu la nak beli yang mahal mahal...yang ni pon dak ok dah..

al maklumlah bajet ciput je..hahahaa

pape pon..mod riang gembira..lalalala

Thursday 30 June 2011

Jom reka dialog


honey : arghhhhhh!!..i tak kira...i nak jugak...nak jugak
hubby : u nih!!!..x muak ke ngan benda alah tu,i tengok pon dah tak lalu
honey : ada i kisah u lalu ke tak lalu......u tak kesian ke kat perut i ni?kalau u tak mau bawak i p makan meatball ikea, i patahkan kad astro ni, padan muka u tak leh tengok nora elena malam ni
hubby : ala u ni....sampai hati u buat i macam ni...nora elena punya pasal, i rela sayang
honey : haa..kan bagus macam tu..baru la macam seth kan...hehe

pak cik frust

semalam hati yang paling frust bagi bulan jun...sob3
hajat pak cik tak kesampaian...tensen pak cik
tapi ddah silap pak cik jugak..
sape suruh keluar lewat, tak pasal pasal melepas semua...

pasal apa pak cik frust?
nak tau ke?
tak yah laaaaaa...
nak tau jugakkkk
okeh...okehh!!

pak cik sebenarnya tak dapat nak tgk tranformers 3 semalalam...huaaaaaaaa
tiket full kot...pak cik pegi la pukul 10..tengok2 dia tulis kat situ
TRANSFORMERS UNTUK HARI INI FULL
demmm...tensen pak cik

 tak pasal pasal kena tengok cite RASUK, huhhhhh
cite hantu paling klakor kot..
nanti pak cik buat review..
nak p mandi jap