Saturday 28 April 2012

betul ke niiii???

nak batuk kejap..uhuk..uhukkkkk
pacik masih dalam mood separa sedar.
mamai lagi ni

amik nafas dulu
amikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


lepassssssssssssssssss

haa..bagoss

pacik macam tak pecaya bila blogger femes follow 
belog huduh pacik ni.tak sangka betol.
ye la kan.belog ntah apa2.mana ada orang nak fedulik.

sapa lagi kalau bukan raja segmen.mwahaha


 ni diaaa abg ben

korang biasa la kan.folowers ribu riban.
pacik ni.urmmmmm.gtu je la.
mesti korang cakap pacik jakun kan.

biar la....nak feeling jugakkk...kahkahakhhh

babai

Friday 27 April 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI


nak join jugak ke haaa

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


persamaan belog pacik ngan belog abg ben 

COMEL

pelepmpang sedassss

Wednesday 25 April 2012

Mood sedih

salah sekor anak kucing yang lahir semalam mati.
sedih gila.comel kot.
pacik dok rasa kucing tu lemas.
sebab mulut dia macam ternganga gitu.
kesian gila.mula2 tak perasan lagi mati.
letak balik kat mak dia,mak dia peluk.
lepas tu p tengok lagi skali.
sejuk gila badan dia.huaaaaaaaa
sekarang tinggal tiga ekot ja.
harap2 semua dapat membesar dengan sihat

Tuesday 24 April 2012

kucing beranak!!

semalam pacik ada story pasal kucing beranak lan kereta pacik kan. sekarang ni tengah pikir nama nak bagi kar pat2 ekor kucing yang very the comel tu.

pacik ada janji nak story pengalaman pacik kan. nak tau tak?

tanak?????

biar la.nak story jugak.ada pacik kisah korang nak tau ke tak.lalalalalaaaaa

menda ni jadi masa pacik kecik lagi.tak silap umor pacik 7 tahun kot.masih comel lagi pacik time tu.sekarang bertambah2 comel tu.ok.lempang lima das.

kat rumah pacik tu memang family pacik ada bela kucing la.tiga pat ekor jugak la.semua gebu gebu. kitaorang memang rapat ngan kucing2 tu semua. al kisahnya ada la sekor kucing ni mengandung.ehhh, kucing pon kita panggil mengandung gak ke?lantak laaaa..mengandung pon mengandung laaa..ke bunting?

satu malam tu, pacik ni tidor lena la kan.biasa la.time kecik2 kan.suka tido kepit2 ngan adik2.padahal banyak je pon tempat lain. kucing2 ni pon slalu ja tido ngan kami. tapi malam tu, pacik rasa cam kecing2 tu duk bergolek2 atas perut pacik.haishhhh, buang tebiat ke kucing ni.

sekali tengok banyak bulu kat atas tu..aikkk, tak penah2 pon bulu kucing tu luruh kannn.pas tu duk merengek2 pulak.lagi la pacik pelik pacik pon time tu dalam sedar ngan tak sedar je.mamai lagi tu. tetiba bunyi anak kucing. apa lagi, melompat2 la pacik.kucing tu beranak betul2 atas perut pacik.

apa lagi, meraung laaaaaa.mau taknya, terkejut kot.takot pon ada.terus ayah pacik datang.alihkan semua kucing2 tu.letak dalam kotak.tak pasal2 kena mandi malam tu.

fuhhh, memang pacik tak leh lupa sampai sekarang peristiwa tu.lagi semalam tengok kucing beranak lam kereta pacik.lagi la duk teringat2.hahahaaa

*kereta pacik bersih ye.sila jangan pikir bukan2

anak2 kucing tu semua rapat ngan pacik lepas tu.tak tau la kenapa.mungkin dia cam bau badan pacik kot.kahkahakahhh.boleh pulak cam tu kan.gampang.

nanti pacik tepek gambar anak2 kucing yang beranak lam kerata pacik tu semalam.comel gilakk. tu pon kalau pacik rajin nak amik gambar tu.

babai

Monday 23 April 2012

lookin' for 200

lagi 2 orang nak cukup kan 200 followers
pacik bukan blogger pemes macam uols kannn.
followers ribu riban.
mwahahaa
tapi pacik tak kisah pon.pacik bukannya nak kejar sangat menda tu.
ada yang baca belog pacik ni pon dah ok.
tak la meroyan sangat kan.
taip sendiri..sendiri baca...
tulis pon ntah apa apa.
mengarut bolehhhhhhh

*tetiba mood rajin hari ni.buat entry banyak2.

kucing oh kucing

pagi td pacik bangun lewat.
bagus.tak pasal pasal tak buat long run hari ni.
adesss

punyalah kalut pagi tadi ni.
ngan kemeja tak iron kan.
terus ja pakai baju pj.
hahahahaa.
dasar pemalas memang macam ni.
gampang kan.

kalut2 nak panaskan enjin kereta td,
tetiba nampak kucing lam kereta.
aikkk..pelik la jugak kan.camna menatang ni
boleh masuk pulak.

sekali tengok cermin kereta tak tutup.
well done pacik!!

rasa macam tak sedap hati dah tu.
skali tengok ada pat ekor anak kucing.
wah wah wahhhhhhh

kucing beranak dalam keretaaaaaaaaa!!!
well done lagi skali
kalut cari kotak nak letak family bahagia ni.
dengan lewatnya lagi.semua cukup lengkap.

hosmate pacik amik je kotak lappy tu.
buang segala kertas yg dalam tu.
nahh, duk la dalam tu lima beranak.
nanti petang ni kita jumpa na.

daddy balik.
kahkahkahhhhhh
nak pikir nama tuk kucing ni pulak.

ehhh...perlu ke nak bagi nama ni
motifff??

pacik ada satu story pasal kucing ni.
lain entry kita cerita na.
biasa laaa...pemalas memang macam ni!!

babai

Sunday 22 April 2012

USM open relay - done!!

holaaaa...
lama tak jumpa ehk..
well...busy uols.
kahkahhh.
uols gitu.geli wehhh

setel game pacik minggu ni.
usm open relay.
penat tahap gaban.
game sehari je.
dua event pacik amik.
4x200m ngan medley.
untuk medley pacik lari 400m

tahun agak mencabar gak ah.
sebab pacik masuk kategori terbuka
tahun lepas kategori IPT.
so tahun ni coach register untuk open.
baru puas lari.
tahun lepas lari untuk IPG pacik,
tahun ni lari untuk UniMAP.
boleh pulak kann.

thanks abg bani, idris, ngan latip yang
banyak bagi support untuk lari ni.
segan la jugak bila team mates pacik 
semuanya atlet malaysia.
pacik ja yang nan hadooo.

penat tak hilang lagi ni.
malam ni sah2 tido awal.
setel lu apa yang patut.
pas tu tido.
esok start training balik.
hoyeahhhh.
lagi 3 minggu games kat kedah pulak.
nak kena prepare betol2 ni.

minggu ni last minggu terakhir praktikal.
lepas tu dah boleh fokus untuk training pulak.
moga2 semua berjalan lancar.

babai

Monday 16 April 2012

panassssssssssssssss...hujan

tengahari panas ya rabbi
malam hujan.
rahmat dari-Nya
untuk tidur yg lena































gudnite y'all

Sunday 15 April 2012

Battleship : memang TIPTOP ahh

walopon duk kalut ngan kerja yang berlambak-lambak kan.tapi sempat jugak pacik nonton movie ni.tengahari dah memang full dah.memang tak leh nak curi masa langsung.jadinya, tengah tengah malam pon jadi la ya.nak buat macam mana, pacik is very the busy la.

dari en google.ntah bahasa apa la ni.

ni baru balik ni.sampai umah terus gatal nak update.bajet blogger tegar la kan.sikit2 update.sikit2 update.bagi pacik, cerita ni memang best.pacik rate 4.5 bintang.lagi setengah tu sebab ada satu part yang spoil sikit.sikit je.kalau tak tengok betul betul memang tak perasan.tapi pacik perasan la.tu yang 0.5 bintang kena tarik tu.kalau sapa sapa tak perasan,gtau pacik.nanti pacik habaq tang mana yang spoil tu.

jalan cerita dia tak la kompleks sangat.memang senang ja nak faham.tapi efek makhluk makhluk tu semua memang superb la.bapak detail gila kot.pacik malas nak review cerita ni.kalau nak tau, p tengok sendiri.tapi yang pacik nak gtau,memang tak membazir la doblas henggit tu.pacik suggest korang amik yang 2D punya.lagi cun.kalau ada yang 3D punya,pacik sanggup la.

sekarang tunggu cerita Avenders pulak.27hb ni.lagi 2 minggu.hoyeahhh.trailer mantap dah.tu yang menggedik nak p tengok tu.huishh,lambatnya dua minggu.

mata dah tak ngantuk dah.layan movie kat laptop pulak.

babai

Friday 13 April 2012

hari jumaat dah...namun tetapppp busy

sampai je hari jumaat semua hepi kan.
semua dah start enjoy2 kan.
buat keja pon senyum je kannn

dah boleh start paling apa nak buat
hujung minggu ni kan.
syok la korang semua kan.

pacik tak boleh buat semua tu.
hujung minggu ni gonna b busy to the max.

hari isnin ni ada final observe untuk
subjek minor pacik.
lepas tu nak kena setelkan proposal pacik.
hari isnin ni jugak nak kena hantar.

lepas tu nak kena plan program training
untuk tema KAGUM pacik tahun ni.
hari isni ni start training.
pacik kena buat program untuk diorang
sebab pacik tak ikut diorang training skali
walopon pacik ketua pasukan.
pacik kena ikut program coach pacik.

hujung minggu yang sangat padat.
harap2 semua will go smoothly as plan.

sapa sudi nak tolom pacik boleh inbox pacik okay.

babai

Monday 9 April 2012

setel satu..lagi satu

fuhh kiri.............fuhhh kanan
ambik napas jap.
penat kot.

hari ni setel observe untuk major.
setel untuk final observe.
tinggal lagi satu untuk minor pulak.
hari khamis ni.

boleh la rehat kejap kann.

observe hari berjalan seperti
yang dirancang.
Alhamdulillah.syukur.
budak2 pon tak buat perangai sangat.
bravo2

nak rehat kejap.
amik mood untuk training lak
petang ni.

babai

Saturday 7 April 2012

2 kali observe minggu depan...ahh busy lagi

tercungap cungap dah ni.
tak cukup nafas dah..huhhhhh

asalnya nak kena observe minggu ni,
tapi banyak bebenor kerjaan kat skolah tu.
hari persaraan la,
preparation untuk english carnival la.
macam macam lagi.

jadi dipostpone kan ke minggu depan.
tu yang jadi kalut tu.
sebab dua dua observe minggu depan.
satu hari isnin untuk subjek major.
satu lagi hari khamis untuk subjek minor.
rancangan pengajaran yang major dah setel.
esok nak kena setel alatan pulak.

setelkan yang ni dulu.
lepas tu baru proceed dengan next observe.
huhhhh..
kemon pacik kemonnn

yang major mayb last observe.
yang minor ni tak tau lagi.
kot kot lectrurer buat pulun nak mai
skali lagi..adoinyaponnnn

harap harap tak da dah.
nak rest dah.
nak fikirkan pasal kajian tindakan pulak.
huhuhuuu

semputttttt

Wednesday 4 April 2012

hepi beshday coach

selamat hari lahir yang ke 31 coach.
semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
Amin.

tu dia besday boy.baju merah tu.besaq dah.
yang sorang lagi tu enterframe ja.
kelassss kot.
sampai 3 kali celebrate.
hahahhahahaaa

1st skali malam semalam.
skali ngan famili dia.
pacik join gak sebab pacik agak 
rapat ngan anak2 dia.

2nd tgahari tadi.
buat suprise depan umah dia.
yang ni geng2 pusat sukan unimap.
pacik join gak sebab sume tu geng2 pacik jugak.
hahahaa

last skali petang tadi.
kat track.
skali ngan geng2 training.
member2 pusat sukan ni jugak.
total 3 biji kek.
ko hado?
hahahaaa.

anyway, pacik sentiasa doakan yang terbaik
untuk coach pacik walopon lebam tadi 
kena balik telor.

hepi besday coach!!

setelah 8 hari...akhirnyaaaaa

akhirnya pacik jadi seorang ayah...
kannnn..kelasss pacik..tak kawen lagi ada
hati nak jadi ayah.
kan sekarang ni musim blogger jadi ayah.
macam berpakat pakat je kan.
hari tu ujang dapat baby..
lepas tu abang nara pulak..
latest ni en ben ashaari pulak..

bagus...bagus...bagussss

tapi entry pacik tak da kaitan
langsung ngan blogger2 femes ni.
muahahahaaa

last week pacik start diet.
agak ketat jugak lah diet pacik.
sebab pacik stop terus amik nasik.
tak sentuh langsung.
pagi2 makan telur separuh masak.
lunch makan lauk je.
malam makan cereals ngn roti.

kes nya sebab berat badan dah naik.
dah kena sound dgn coach pacik pon.
dia suruh stop dulu nasik.
bagi stabil dulu berat tu.

tapi akhirnyaaaaa...

terpaksa jugak makan nasik.
pengasuh anak2 coach pacik ada
buat makan makan.
member member training semua turun.
urmmm...apa lagi...
member member pon semua on diet.
semua makan sikit2 je.
secoet je.hahahaha
tak makan kan segan pulak.
dah memang kitaorang rapat ngan abah tu.
*kita orang bahasakan pengasuh tu
abah ngan mama.
sweet kan.

makan nasi sikit je.
tapi ratah lauk macam apa.
tapi tu la.
nasik tetap nasik kan.
hahahahaaaa
tapi ni dah nak ok dah berat pacik.
dah turun 3 kilos in a week.
ok lah kan.

lagi dua minggu pacik target
untuk dapat 76kg balik.
baru la lega kalau dapat cecah
berat ni balik.
huhhhhh..

jauh lagi perjalanan ni.

doakan pacik ye...
Amin..

Sunday 1 April 2012

pacik in action

gambar pacik time game yang latest ari tu.
ni event 4x400m
muka agak mengerikan sebab berpeluh..hahahahaa
sabo je la




kelik gambar untuk pembesaran yang lebih jitu

april sudah...busy...busy...busy!!

kejap ja dah masuk bulan april dah.
kedatangan bulan april ni disambut dengan berita
yang kurang enak untuk didengar.
semalam pukul 12.30 malam  pacik dapat tau yang
member pacik masuk wad kecemasan.

mula2 duk ingatkan April fool.
ye la..bukan boleh kira sangat kan.
member pacik yang sorang lagi ni uplod status
dalam facebook gtau yang poji ni masuk wad kecemasan.
memang cemas gila la. tetiba je kan.
poji ni member trening pacik.
memang tak expect la sebab poji ni aktif.

kul 1.30 baru pacik dapat msg gtau yang poji ni tak da pape.
doc cakap yang dia ni stress je.tak cukup rest kot
sebab lately ni dia ada gtau yang dia tak da selera makan.
huhhh..nasib baik..takut jugak laa

bulan ni jugak pacik nak kena hantar proposal
untuk Action Research pacik.
dah setel dah buat proposal tu.
esok nak g jumpa lecturer.
nak baiki apa yang patut.

yang paling penting bulan ni bulan terakhir pacik
praktikum. lagi empat minggu je lagi.
lepas ni dah tak da dah praktikum ni.
bagi lagi yang nak kena setel dalam masa
empat minggu ni.

nak kena setel satu satu.
tak mau buat kerja gopoh gapah.
nanti tak puas hati.
buat kerja biar ada kualiti.
baru happy.
betol tak?

jap g nak g alor setar jap.
coach ajak g cari barang.

sapa nak ikut?
mai laaaa