Friday 31 August 2012

Selamat Hari Merdeka

hoyeahhhhhhh...dah 55 tahun kita merdeka
maknanya sudah 55 tahun kita bebas dari penjajah
pacik bangga menjadi sebagai salah seorang rakyat Malaysia
pacik bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaaan aman damai
pacik bangga kerana mempunyai rakan yang pelbagai kaum
yang mana sukar untuk diperolehi dinegara lain..
oh Malaysiakuuu

masalah2 kecil yang berlaku dalam negara tu normal lah kann.
mustahil untuk jumpa negara yang tak da masalah langsung.
bagi pacik, 
lebih baik kita berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini
berbanding kita bertengkar sesama sendiri yang mana
tidak akan membawa kepada penyelesaian kepada masalah ini.
 ramai bijak pandai di Malaysia.
gunakanlah kelebiahn yang ada tu..
betul dak?

apa apa pon

PACIK BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA

pic from google




Tuesday 28 August 2012

dah basi ke??belum kannn

sebelum masuk lagi gambor2 lain..
kita mulakan dengan yang ni dulu yerrr


selamat hari raya dari Pacik dan Keluarga




Monday 27 August 2012

later on

org lain semua dah upate pasal raya..
pacik??
nan hadoo...
ni haa terperap lagi entry..
nanti2 pacik post..
nanti muak lak korang baca pasal raya kann..
bagi steady dulu...baru pacik up

ni baru balik tgk movie..
The Expandable 2..
org semua dah tengok..
pacik baru je tengok haaa...
org tua memang macam ni.
owh, ada benda nak cerita pasal ni.
tu pon nanti pacik up lain.

ni dah lewat...pacik tido dulu.
esok ada kelas..
babai

Wednesday 15 August 2012

tak tahu nak letak tajuk apa...urmmm..baca je lahhh

alhamdulillah...
setel jugak kerja pacik.
boleh raya dengan aman buat sementara nih
semalam dah submit final draft untuk thesis.
yehaaaaa...

tension tau buat menda ni..
takde nk pikir menda lain dah.
duk ngadap menda ni ja.
training pon skip dua hari.

sekarang semua da setel.
marilah bergumbira...
lepas ni nak kena prepare VIVA pulak.
tp lambat lagi.
2 minggu lepas raya.
jadi, ketepi dulu.
jangan ganggu cuti pacik.

owhh, sekarang tengah packing baju.
petang ni gerak balik kampung.

pacik pacik ngan member.
dia ajak balik skali ngan dia.
urmm, on je lahh.
kereta pacik tinggal sini.
nak kena pikir pulak transport nih
nak raya macam mana tak da kereta.
tak pe, yang tu nanti pikir.

gerak kul 4..berenti bukak puasa semua tu.
tambah jem lg..
huhhh..tengah malam jugak sampai..

harap2 perjalanan kami selamat.
semoga selamat sampai dan selamat kembali ke sini.

okay, nk sambung packing baju..

babai

Monday 13 August 2012

super duper busy

pertama sekalai pacik nak mintak maaf
sebab tak move on dengan entry fadilat solat terawikh tu.
pacik mintak maaf sangat2.
bukan pacik takmau up entry pasal tu,
tapi kekangan masa yang amat sangat.

insyaallah kalau sempat,
pacik sambung balik laa..
walaupun ramadhan dah nak abes kan..
pacik agak terkilan la sebab takleh nak teruskan yang tu.

haa, ni nak gtau kenapa pacik busy sangat nih..

final sekarang tengah siapkan final draft
untuk thesis pacik.
esok nak kena hantar.
tadi dah setel semuaa.
japgi nak kena recheck balik.
nak check ejaan la, spacing tu la semua.
benda2 yang kecik2 tu ja.

dah 3 malam pacik duk berjaga
duk setelkan menda ni.
asalnya final draft ni nak kena submit lepas raya.
tetiba keluar memo kena antar by this week.
haaaa..memang la kalut nak mamps kann.

mata ni dah macam pontianak dah.
dah lebam abes ngadap menda ni semua.
cerewet sangat. tu yang buat pacik tension tuhh.

lepas submit ni nak kena prepare
presentation untuk VIVA pulak.
VIVA 2 minggu lepas raya..
tak lama dah ni...adoyaiii

tapi takpe lahh..
ni tugasan terakhir sebagai pelajar ijazah.
insyaallah pacik akan lakukan sebaik mungkin.

klau mood rajin datang,
lepas siap semua pacik update lg
nak g buat kerja dulu..

babai

Wednesday 1 August 2012

holaa ogos

ehh dah masuk ogos dah pon..tak sedar pon
sekarang dah masuk fasa ke2 ramadhan..
hari ni hari keberapa ehkk..13 ke 14..lupa dahh
ohh..btw, selsema pacik tak hilang lagi
masih lagi duk sok sek sok sek nii
dah seminggu dahh
pacik kalau selsema memang macam ni..
mau makan 2 3 minggu
makan ubat pon tak jalan de

bulan ogos kan..
huaaa...sangat ngerii
lagi 2 minggu nak kena antar thesis
supervisor nak check dulu
lepas tu baru leh prepare untuk VIVA
menakutkan!!!
banyak lagi kot
analisis tak buat lagi..jem jemmm

baju raya tak beli lagi...ehhhh
tersemangat pulak nak raya..
baju melayu pacik dah siap..
mwahahhaaa..nak cari jeans selai dua

kelas pukul 10 jap g..adess malasnyaaa
dah la sejam ja..pas tu abes..
buat penat je siap2 semua

ok.nak g mandi.babai

kelebihan solat terawikh # malam 14


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 13


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 12


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 11


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 10


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

selamat beramal~