Tuesday 20 November 2012

part time

huhh..
macam mana nak start ehkk.
macam macam benda pacik pikir sekarang.
banyak sangat masalah.

masalah yang paling memeningkan sekarang
ni berkaitan dengan Jobsmalaysia tu.
rasa nak hempuk hempuk laptop ni.
nasib baik la pikir sebab menatang ni mahal.
kalau boleh beli 3 singgit dah lama pacik hempuk.

mungkin sebab ramai sangat yang duk login.
sampai jem sistem tu.
dah la menda penting.
tak dapat isi borang interview tu,
menganggur laa pacik.

buat masa ni, pacik duk membongkang je kat umah.
memang takda kerja yg proper la nak buat.
duk tolong mak pacik meniaga je la.

jadi pacik ingat nak cari kerja part time.
atleast nak tampung belanja pacik
sementara nak posting kan.
tak kan nak tunggu mak bapak suap lagi kan.
dah besar.
pandai pandai laa cari duit kan.

lagi satu nak kumpul duit nak konvo.
nak bayar itu ini semua kan.
nak pakai duit lagi.
pacik tanak la mintak ngan mak bapak pacik.
biar la usaha sendiri kan.

tengok la macam mana.
bulan 12 ni start keja.
banyak je kerja kosong tu.
nak atau tanak je.
pilih yang mana satu.
usaha lebih, kita dapat lebih.
kann..

semoga dipermudahkan olehNya untuk segalanya.
kalau ada sapa nak cari pekerja part time boleh roger2 pacik.
heehehee.


Sunday 4 November 2012

hampir sampai ke penghujung

urmmm...bagaimana nak mula bercerita ya..
terlalu banyak untuk di isi semua ke dalam ni.
kenangan yang mungkin tidak boleh ditukar ganti.
kenangan yang akan tersemat selama-lamanya.
kenangan yang menjadi titik perjuangan anak muda.

selepas hampir 5 setengah tahun,
pacik rasakan pacik sudah bersedia untuk menjadi warga pendidik.
terlalu banyak ilmu yang diperolehi di institut pendidikan guru ini.
ilmu berkaitan kehidupan masyarakat yang sukar diperoleh
di institusi yang.
bukan mahu merendahkan institusi lain,
tetapi IPG banyak menyedarkan pacik untuk menjadi seorang pendidik.

pacik masih ingat,
pertama kali menjejakkan kaki ke IPG pertengahan 2007 dulu.
tidak ada sedikit pun perasaan di hati untuk bergelar seorang pendidik.
kerjaya yang langsung tidak terlintas di hati.
pada waktu itu, pacik hanya menganggap kerjaya ini mungkin hanya untuk suka-suka.
kerjaya yang mana mungkin menjana pendapatan lumayan.
setakat makan gaji.
mana boleh kaya macam ni.

tapi,
sedikit demi sedikit perasaan ini hilang.
rasa cinta terhadap kerjaya ini semakin mendalam.
Allah bukakan pintu hati pacik untuk bergelar sebagai seorang pendidik.
sepanjang 5 setengah tahun di IPG Perlis,
terlalu banyak ilmu yang diperoleh.

insyaallah kalau tiada aral melintang,
esok kertas peperiksaan terakhir pacik.
semoga semuanya berjalan lancar.
dan selepas hari esok,
bermulalah fasa seterusnya dalam kehidupan ini.
fasa untuk menjadi pendidik sebenar.

kenangan bersama 193 mahasiswa pendidik yang lain tetap tersemat selepas ini.
kenangan pahit manis yang tidak ternilai.
diharapkan semuanya telah bersedia.
untuk sama-sama melangkah ke fasa seterusnya.

terima kasih semua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dari saya bakal pendidik...


Salam....