Thursday 31 May 2012

dah tak lama dah

ari ni penutup penggal pertama tahun ni.
kejap je ehkk..espk dah masuk penggal kedua.
maknanya ada lagi 6 bulan untuk tamatkan tahun 2012.
fuhhhh..kejap je kot 5 bulan nihh

bulan depan sibuk sikit.
memanjang sibuk kan.asyik2 sibuk.
propa.mwahahaa

nak kena listkan aktiviti penting untuk bulan depan nih.

1. Karnival KAGUM peringkat kebangsaan.
9-15 Jun

tak tau KAGUM tu ape?

2. Perlis Open
24-24 Jun

3. Start sem baru
18 Jun - Final Sem...hoyeahhh

4. Internship
26 Jun - 20 Julai - siapkan Thesis

haaa..tu stakat ni lahh
mungkin akan menyusul lagi lepas ni.

ni yang penting nih..
yang tak brapa nak penting banyak lagi tu.

apa2 pon..nak kena lalui jugak
betul tak?
kerja banyak.janji kena enjoy buat kerja.
baru hidup ni bermakna.
tak gitu haa

nitey nite folks



Thursday 24 May 2012

hoyeahhh..selesai sudah

Alhamdulillah..tamat semester 7!!
killer paper pagi tadi berjaya dijawab dengan jayanya.
tapi tak tau la betul salah.tapi syukurlah, pacik boleh jawab.
td paper Penyelidikan Tindakan..halohh..halohhh
dengar tajuk pon susah kan..
nak menjawab tu lagi laaaa..

tu pon semalam baru kalut nak study semua.
sebelum ni pacik duk busy ngan MSSM kat perlis tu.
 
la dah setel satu tanggungjawab.
boleh fokuskan untuk training pulak..
heheheee...kaki dah semakin ok.
harap2 by next week dah ok betul2..nak guna lama lagi kaki ni

apa lagi ehkkk..

owhh..borang posting dah setel...yayyy
harap2 dapat apa yang dimintak..
huhuhuuu

sape2 ada twitter, boleh follow pacik
bajet kann..orang ada twitter, sibuk nak main jugak
dah lama dan ada, skrang je baru aktif skitt

urrmmmm..takde apa dah nak sembang
nak rest kejappp
kul 3 jap g training..
ayoooo...panassss..

babaii

Tuesday 22 May 2012

holaaa


pacik dah balik..sorry lama tak berhapdate.
byk gila benda nak cerita.tapi tak sempat lg.
ni pon kalut lg ni.jap g nak g stadium.
nak g tengok event MSSM padang & balapan 2012.

nanti pacik cerita pasal openinfg dia malam semalam.
memang terbaik ahh.

byk kerja lagi tak setel ni.baju nak kena antar laundry jap g.
bukan malas, xda masa ya.harap maklum.
ekekekeee..dasar kann

ni nak g antar borang posting jap..
huhh..banyakknya kerjaaa

amik napassssss....lepasssss
huhhhhh

Thursday 17 May 2012

off





esok pacik akan gerak ke UPM.ada game kat sana.
jadik takleh nk g terjah belog la 2 hari ni.huhuhuuu
harap2 kaki ni ok.ni pon baru balik fisio.

jumpa next week
babai~




tolonglah jangan teruk

sakit calf pacik datang balik.adoyaiii..rasa time training pg semalam.ohh ye, calf tu bahagian belakang betis tu.pacik harap ni bukan yang macam pacik kena dulu.pacik penah kena calf ni 2 kali.memang sakit gila.

1st kena time sukma Melaka dulu.seminggu sebelum nk p sukma kena.adoyaii.menangis-nangis.2nd time last year.teruk jugak.2 bulan rest.ni macam nak kena lagi.tapi pacik harap sangat2 bukan calf.harapnya muscle kecik ja.

esok nak gerak g UPM dah, ada game ari ahad.lepas tu nak kena prepare sukan antara IPG lak.banyak game musim ni.pacik tau mau sakit ni berulang.

malam ni nak g massage.harap2 semua ok

babai



Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Sempena hari guru hari ni,pacik ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang penah mengajar pakcik selama ini. 
Selamat Hari Guru kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, SMK Tengku Ibrahim, pensyarah2 di IPG Kampus Perlis juga.
Selain itu pacik juga nak ucapkan kepada guru-guru di sekolah yang penah pacik berkhidmat walopon tak lama iaitu SK Lembah Jaya & SK Kg Buloh di Terengganu, SK Seri Cheras,KL,SK Bandara Baru Sintok,Kedah,SK Behor Empiang,SK Padang Besar Utara & SK Kubang Gajah di Perlis.semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
 AMIN


Monday 14 May 2012

syukur dengan apa yang ada

sebagai manusia, kita sering kali inginkan yang terbaik untuk diri kita. yes, itu sangat penting kerana yang terbaik itulah yang membuatkan diri kita rasa puas hati. bagi pacik, menjadi atau mendapat yang terbaik itu merupakan satu bonus yang Allah bagi setelah apa yang telah kita usahakan dengan bersungguh-sungguh. kalau kita tak berusaha, manakan nak dapat seperti yang kita inginkan.betol tak?

namun, tak selalu yang kita nak tu,kita dapat.dan perkara sebeginilah yang membuatkan timbulnya masalah-masalah seperti hasad dengki, dendam dan sebagainya. kekadang kita tak puas hati jika ada orang lain yang mendapat lebih dari kita. dah nak buat macam mana, tu rezeki masing2. Allah dah bari rezeki yang lebih untuk dia. itu hak dia.

bagi pacik, pacik amalkan konsep syukur. apa yang kita dapat kita cuba untuk bersyukur. ucapkan terima kasih kepada-Nya. sukurang2 nya Dia bagi jugak kepada kita. kalau tak diberi langsung macam mana?lagi susah kan. untuk dapatkan yang lebih, kita kena usaha lebih dari itu. jangan lah nak harapkan nasib semata-mata. buat kerja sikit, tapi mengharapkan ganjaran yang banyak.memang mustahil lah kan.

macam yang berlaku pada pacik kelmarin. pacik lari kat Kedah Open. memang timing pacik teruk. jauh dari target pacik. nak kata puas hati tu memang tak la.malu ada laa.nak jumpa denga coach pon malu lepas tu..sehari pacik tension.frust gila2.tapi malam tu pacik pikir balik semua tu. mungkin nak kena banyak compete lagi,kurang pengalaman lagi.training kurang ke.macam2 pacik pikir.benda yang dah lepas, tak leh nak putar balik. jadi, pacik pikir untuk next event. nak kena usaha lagi.keep thinking positive.yang negatif tu tolak tepi kann.

mungkin korang ada pendapat masing2.tapi pacik pegang dengan yang ni.pacik selesa dengan apa yang pacik buat....babai

tak kisah apa yg terjadi
























GLORY GLORY MAN UNITED!!!
































Sunday 13 May 2012

mood sedih

semalam pacik ada game kat kedah.jadi, seharian pacik takda kat umah.kuar awa pagi,balik malam.kebetulan semalam member pacik, zabidi tu nak datang makan2 kat kuala perlis.sampai2 ke umah pacik, terus siap2 pergi kuala perlis.kami tiga orang.pacik,bd, pas tu ada lg sorang cikgu skolah sukan perlis.

kami pergi pon lewat gak ah.dalam pukul 9 lebih gitu.setel2 semua, g hantar pulak bd tu alor star sbb dia stay sana.kul 1 lebih baru sampai umah.

sampai je umah, member pacik gtau ibu kucing tu mati.kena pijak ngan kereta.depan umah ja.depan mata dia, dia tengok kucing tu kena lenyek.sedih gila.memang tak sangka la.sebab sebelum tu ok ja,pagi tu sebelum kuar rumah pon, pacik bagi makanan lebih sikit.letak dalam bekas tu.

masalah sekarang ni, anak2 kucing tu kecik lagi.takleh nak survive sendiri lagi.kesian gila.td pon susah gila nan bagi minum susu.kan diorang takleh nak buat sendiri lagi.so semua tu nak kena suap.esok ingat nak g cari botol ngn puting susu untuk kucing tu.harap2 ada.

babai~

Thursday 10 May 2012

Naskah Cinta Rasulullah - meruntun jiwa

pacik nak share satu Filem Pendek yang dihasilkan sendiri oleh junior2 pacik di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ni. diorang amik masa yang agak lama untuk hasilkan filem pendek ni. dan bagi pacik, filem ni sangat menakjubkan. 

pacik nak share dengan semua orang filem ni sebab pacik rasa filem ni patut untuk dikongsikan bersama. pacik taknak cerita pasal filem ni sebab pacik nak korang hayati sendiri. duration filem ni tak lama. lebih kurang 45 minit ja.

luangkan sedikit masa untuk menghayati karya hebat anak muda ini.

pacik bagi link je. selamat menonton




Tuesday 8 May 2012

sangat tidak selesa sekarang!!

groin pacik sangat sakit sekarang.
nak jalan pon susah gila.
ari tu memang dah rasa dah.
rasa sakit sikit2 je laa

tapi semalam, abis ja training.
fulamakkk...nak nanges rasa..huhuhuuu
mayb sebab semalam buat starting block kot.
nak kene push banyak sikit.
tu yang sakit sangat tu.

tak tau la macam mana ni.
hujung minggu ni ada game.
dah memang target dah ni.
malam ni baru nk g massage.
tengok la acaner nanti.
by tomorrow pacik harap semua okay.


babai~

Monday 7 May 2012

selangkah maju

dup dap dup dap...
time duk taip entry ni pon tangan masih lagi menggeletar.
tak tau nak cakap macam mana.semua perasaan ada.
pacik dah call family pacik.
mintak pendapat diorang macam mana.
pacik tak mau la main isi ja kan.
atleast family pacik tau apa yang pacik buat.

fuhhhhh...amik nafas dulu

pacik pon dah fikir masak2 sebelum nk isi menda ni.
borang yang paling penting buat masa sekarang nih.
destinasi pacik untuk meneruskan kerjaya ni.
cewahhhhh..kemain kannn


tu diaa aihh..
negeri pilihan pacik untuk penempatan tahun depan.
yes..perlis lagi.
walapon skarng ni pacik mmg study kat perlis,
tapi pacik ada sebab untuk mintak kat sini.
bukan sebab makwe ke tidak...tidak sama sekali.
dan juga selangor ngan kl.juga bersebab.
bukan senang pacik nak buat pilihan ni.

nanti lain pacik cerita na.
tak leh cerita terus.nanti tak dak idea dah nak tulis.
mwahahaaaa
bagi suspens sikit...
haaa..tak gituuu kannn

harap sangat pilihan yang pacik buat ni betul la.
kalau ada rezeki, ada laa..pacik tak berharap sangat.
terserah kepada - Nya untuk menentukan jalan yang lebih baik

babai

Wednesday 2 May 2012

anak papa dah seminggu

hari ni masuk seminggu dah anak-anak papa.
tapi sayang, nama pon papa tak bagi lagi.
padahal benda senang je pon.

maafkan papa ya, papa terlalu sibuk.
terlalu banyak komitmen yang nak papa beri.

*pacik feelin' jadi bapak mithali memang macam ni

kong ajo kan.berangan nak jadi papa
ngan anak kucing pon jadi lah kan.
nampak benor sangap nya tu.

anak2 pacik semakin membesar dengan sihat.
buat masa ni dia duk hisap susu maknya ja.
so, tak perlu lah pacik nak susah beli makanan lagi.
cuma ari tu ja beli makanan kat mak nya kucing  tu.
kuat bebenor makan.
pacik letak penuh bekas tu ngan whiskers.
kejap ja dah abis.
tension tauuu.

sekarang ni nak cari tempat yang ok sikit.
sebab buat masa ni, kucing2 tu semua duk dalam kotak ja.
kesian kan.sejuk memalam.
sedih gila.erkk

tapi anak2 kucing tu kuat tido tau.
takleh nak main2 pon.
pacik is very the geram.
tunggu lagi dua tiga minggu kot,
baru leh nak bermanja manja.

*motif pacik update pasal anak kucing ni pon pacik tak tau kenapa.gampang kan.

babai