Thursday 25 August 2011

selesai sudah.......

ahkirnya...

berakhirnya praktikum pacik fasa 2 selama 2 bulan kat sk bandar baru sintok...
agak emo la jugak pacik time2 nak berpisah tadi..
al maklum lah, pacik ni kan cikgu yg penyayang...sob2

selama 2 bulan pacik kat sekolah ni, macam macam benda baru yang pacik belajar.
tak larat nak taip kat sini, banyak sangat
kalau taip, mau 7 hari 7 malam korang baca tak habis

sekarang ni nak kene setel esaimen je la
pas tu boleh kemas2 baju, nak balik kampom...yeayyy
baju tak basuh lagi...adesss..antar dobi je la...muahahaaa..dasar pemalas

malam ni pacik sorang2 kat umah, housemate semua dah balik..
sapa nak teman pacik bukak posa?
meh laa...pacik belanja...jom2

ehhhhhh...leri tajuk pulakk...silap...silapppp

sem depan ada lagi skali praktikal..yang ni lama sikit la..3 bulan..
pas tu pak cik akan mula berkhidmat sbg penjawat awam...insyaallah..

doa2 kan pacik ya...
nak g mandi jap

daa~

Saturday 20 August 2011

blog PILIHAN SAYA ialah.....




belog2 pilihan pak cik ialah....jeng.jeng jengggg

.

.

.

.


.



wow...striky giler background belog ni...pacik suka sgt2



memang paberet pacik la belog ni....sangat comel rama2 tu...satu lagi, macih puji pacik erkk nad...pak cik maluu...muahahahaaa..
*sory, tak leh nak copy header..sob2


SIMPLE!!!
tak serabut pacik nak baca..memudahkan golongan2 berumur macam pacik ni baca....i loikeee.




shantekkkk header..nak satu boleh??




pacik suka sgt2 ngn quote belog ni....cun ahh..



Purple??
1st pacik masok belog laki kaler purple....rakan seperjuangan pacik sbgai bakal seorang guru..
tp masih junior lagi mungkin.....nice belog




seksi bibir awak....mengamcam bangat!!




amboiii...shantekk header hari raya...suka belog ni sebab kaler hitam..boleh?


woooww..wowww...kalerpull.....tapi tetap gojes...




1st time terjah belog ni...simple je..pacik suka ngn header tu....

BEN ASHAARI nak blog dengan segera


uols nak join jugak kelik sini

Tuesday 16 August 2011

rezeki jangan di tolak....tak gituuu

salam ramadha semua..

bulan2 posa ni kan biasanya rezki murah kan..hak3
kalau ikut yg lepas2, banyak kali lah jugak orang blanja bukak puasa..
kalau bab bab makan ni, konpem la pak cik tak tolak..
bukan apa, kalau tolak kan, mau pulak terasa hati orang yang jemput tu..susah la pulak kan...kannn

hokay, balik kepada tajuk entry yeer..
dah basi pon cerita ni..takpe lah pak cik nak cerita jugak...
bulan bulan puasa ni pak cik biasanya masak sendiri kat umah..
tu pon hujung minggu je lahh..kalau weekdays tu housemate pak cik yang masakkan..al maklumlah pak cik kan ada trening...hahahaa..keji kannn..pak cik balik makan ja..ada la tolong sikit2 tu...

hari sabtu aitu, syok2 tengah layan movie ni, dalam kul 5.30 cam tu kot..time ni tak masak lagi..awal lg..
tetiba coach pak cik yak ni encik Nazmizan call pak cik, macama pelik jugak lah kan tetiba call hujung minggu pak cik yang bahagia ni...haishhh
dia tanya lah hari ahad pak cik ada kerja ke tak..
dah namanya hujung minggu kan, mestilah masa untuk bersenang lenang...opcos la pak cik free...
pas tu dia ajak p bukak puasa kat Hotel Seri Malaysia, erkkk..terkezut jugak lah lagi skali..
tetiba pulak ajak bukak puasa..dia cakap dia nak belanja..
pak cik tak kan lah nak tolak kannn..kecewa lak coach pak cik ni..muahahahaa
siap gtau suruh pakai baju hijau lagi..ikut tema katanya..urmmm..

hari ahad tu pegilah kan kt seri malaysia tu..
mati2 pak cik ingat bukak puasa skali ngn member member training pak cik..
ropa2 nya dengan family dia...adesss
nasib baik lah pak cik kenal semua family dia tu..x lah segan sangat kan...lalalalaa
tak lah ramai sangat..dalam doblas orang kalau tak silap pak cik la..
coach pak cik ngn wife ngn anak2 dia 2 orang yang comel, adik ipar dia merangkap member pak cik pas tu family pengasuh anak dia..kira pak cik kenal semua la...

makan kat hotel ni, boleh tahan la...nak kata vogue sangat tu tak lah kan..tapi puas hati lah..
dah la free kan..syukur alhamdulliah...rezeki kannn

kalau ada sapa sapa yang nak belanja pak cik bukak posa pak cik on je..
jangan segan2 lak nak ajak pak cik ni..
muahahahaaa...

ok, sambung cerita len kali lak...daa~

Sunday 14 August 2011

join OCTOVE

apa tu octove?
pakcik mula2 dengar pon pelik gak..macam pelik ja bunyik tu kan..hahaa

octove ni laman sosial yang baru..
yang bestnya, laman sosial ni made by Malaysian...
pak cik dah join..
korang semua tak nak join ke?
jom sama sama kita meriahkan OCTOVE ni...

kelik sini kalau nak join

Saturday 13 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 14

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 13

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 12

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 11

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

selamat beramal~

Friday 12 August 2011

manusia...malaikat...syaitonnn

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
...
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday 9 August 2011

alhamdulillah...rezeki..kita terima seadanya

wahhh...mesti hari ni penjawat awam senyum lebar kann..kannn...kannn
dah tu, dapat bonus raya setengah bulan gaji, mau tak senyum...kalu kalu sapa sapa tak nak, meh bagi kat pak cik ni..nak buat beli baju raya..

walopon tak la sebanyak banyak man, tapi syukur la kan...ada la jugak..sekurang kurangnya lepas la duit tol ngan minyak balik kampung tu kan...idak nye gitu teman oii..boleh la bagi duit raya lebih sikit taun ni..muahahahaa

tapi pakcik???
nan hado...mana ada bonus lagi..
pak cik tak keja lagi..sob2
2013 baru pakcik mula mengerah keringat pak cik untuk negara yang terchentaaa ini...
mintak2 time tu,bonus raya diorang bagi 2bulan..hak2

dah tu apa kaitan cerita diatas ngan tajuk entry ni?

haishhhhh..
pakcik dapat bubur lambuk tadi...tu la rezeki pakcik untuk hari ni..bersyukur la kan..siap dapat bendera free lagi..letak kat kereta..al kisahnya petang tadi, time pak cik nak g training..errk, bulan posa pon training ya...nak pitam rasa..huishhh...otw nak g stadium tu, tetiba jalan jem..hairan gak la kan, sebelum ni tak penah pon jem sampai macam ni..ingatkan JPJ ada buat rush ke hape ke kan...dah tu mula2 skali pakcik nampak abam JPJ..kalut pakai seat belt..muahahaha...elok kat depan skit, nampak ramai orang, skali tengok diorang duk lekatkan jalur gemilang kat kereta..dah tu, benda orang bagi free,tak kan kita tak nak..bangang la pulak...

tak pasal pasal hari nak g stadium amik masa 20 minit..biasa 5 minit je pon!!

takpa la..janji dapat bubur lambuk free..hoyehhh

kelebihan solat terawikh # malam 10

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 9

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 8

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

selamat beramal~

Saturday 6 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 7

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

tidakkah kita tahu betapa besarnya rahmat berjuang di jalan Allah?sesungguhnya sesiapa yang syahid dijalan Allah, nescaya syurga lah tempat terbaik untuknya...
selamt beramal~

jam tak bunyi ke, aku yang tak dengar?

dah 3 hari pak cik tak sahur. bukan tak mau sahur, tapi tak terjaga..muahahaaa..kesian kat roti pak cik. tak de sape makan...pak cik pon tak tau kenapa, sama ada jam pak ciktu tak bunyi atau pak cik ni yang tido tak hingat donia....sob2~

memang bolah tahan la darjah kelaparan tu bila kita tak sahur ni..lagi2 pak cik ada training lak tu..petang semalam teruk gak ah, nak pitam rasa..hahahaa..kesian kan..kann.kannn

tapi pagi ni, alhamdulillah pak cik TERjaga...hoyehhhh..boleh buat air milo ngan makan roti yang duk bertepek kat atas peti tu..lalalalaaa...nikmatnya sahur..fuhhh

kelebihan solat terawikh # malam 6

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 5

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

korang tau tak betapa besarnya ganjaran apabila kita menunaikan solat di kitiga-tiga masjid ni?
ya Allah, sangat besar ganjarannya....

selamat beramal

Thursday 4 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 4

mintak maap la ya..pakcik tak sempat nak hapdate semalam...
tapi pak cik nak gtau jugak lah

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

setiap huruf yang kita baca dalam kitab suci Al-Quran memberi kita 10 ganjaran..dah tu, kalau dah senaskah?ditambah lagi dengan kitab suci yang lain..cuba bayangkan...
boleh bayangkan tak?
tak boleh kan..

selamat beramal~

Tuesday 2 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 3

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

tidak mau kah kita para para malaikat berdoa untuk kita?
betapa besar rahmat yang Allah berikan..mari lah sama sama kita rebut peluang keemasan ini.
biarlah para malaikat sentiasa berdoa untuk kita...

selamat beramal~

NAHH rasakan nikmatnya!!

memang nikmat pon..
sakit anak tekak ni..aisymen..

1st time mengajar bulan posa ni..
fuhhh..memang mencabar beb..
baru tau macam mana perasaan cikgu cikgu dulu berteriak kat 
pak cik time dulu dulu..muahahahaa
sekarang giliran pak cik lak kan..
hambik kau..
sehari dh nak pecah anak tekak ni..
lagi 3 minggu lagi!!

cobaannnn~

Monday 1 August 2011

kelebihan solat terawikh # malam 2

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari melakukan dosa,
jadi apa salahnya untuk kita berusaha sedikit untuk menghapuskan dosa..memang diakui, menyuruh untuk kebaikan amat sukar untuk diikuti, tapi sedarlah betapa besarnya nikmat di penghujungnya.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 1

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

tak nak kah kita kalau kita bersih macam ni?
sedangkan kita nak tubuh kita wangi semerbak, agak agak 100meter dah boleh bau kan..tak bersih bahagian dalaman ni kita tak nak?

bersih luaran semua orang mampu..tapi bersih jiwa rohani, hanya Allah yang mengetahuinya..
selamat beramal~

salam ramadhan - selamat beramal

ramadhan datang lagi...
sekejap je kan...rasa macam baru je abes puasa tahun lepas..tup tup, dah tiba ramadhan yang seterusnya. sekejap sangat masa berlalu..cewahhh..berpuitis pulak pak cik ni..

ye la kan, hari baik bulan baik ni, harap harap dapat mencari sedikit ketenangan dalam menghadapi hidup ini kan. bulan ramadhan ini lah bulan yang sesuai untuk kita mengambil segala peluang yang ada untuk beramal kepada Nya..bulan lain pon boleh kan. jangan pulak bulan lain tu duk bercengkarama ja..haishh..kita hidup ini pon untuk beramal kepada Nya kan...betol tak..tapi orang kata, pada bulan ramadha ini, terlalu banyak rahmat yang diberikan kepada hamba hambanya..pandai pandai lah kita nk ambil peluang ni ke tak.

tahun ni tahun ke empat pak cik puasa di perantauan..acecece..bajet bajet obesi kan..hahahahaa
biarlah, felin felin pon boleh kan..pak cik harap puasa pak cik taun ni di perantauan yang jauh ini lebih baik dari yang sebelumnya..nak ambil semua peluang yang ada untuk mendekatkan diri kepada Nya..nak menyucikan diri ni dari dosa dosa yang banyak ni..korang macam mana? marilah bersama sama kita menuju ke jalan yang diredhai..berbelog tu berbelog la jugak kan, tapi jangan kita duk mengumpat plak dalam belog ni..muahahaa

salam ramadhan sekali lagi dari pak cik yang jauh nunn..
selamat beramal~