Saturday 31 March 2012

tak suka...tak suka...tak suka!!!

korang dah tukar ke belom template baru dashboard ni?
huaaargggghh...menyesal kot.
makin susah pulak.yang lama punya lagi ok ni.

serius pacik tak paham nak guna macam mana ni.
nak buat entry pon susah.
macam mana nak tukar ke template lama ni..
adoinyaponnnnn

dah la selow nak mamps...haishhh
serius tak suka langsung ni!!!!

Friday 30 March 2012

horayyy...kami dapat jugak

tenkiu kerajaan Malaysia untuk ini!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hewhewhewwww
pacik pon tak sangka pacik dapat jugak menda ni.
ye la..kan asalnya diorang gtau,
pelajar Institut Pendidikan Guru tak leh baucar buku ni
sebab kami dah dapat elaun buku tahunan RM800.

tetiba semalam bising2 diorang gtau akan dapat gak elaun buku ni.
hummm...orang nak bagi..ambik je la..
tak baik tolak rezeki.

sekarang ni tak plan lagi nak buat apa ngan baucar ni.
tengok la petang nanti macam mana.
nak seru mood shopping datang dulu.....

hahahahahaa

Tuesday 27 March 2012

suka bila sibuk

macam pelik kann.
ramai orang suka suasana yang tenang,
yang relak2 cenggitu kannn.
tapi pacik tak.pacik suka bila ada banyak kerja.
jadi pacik tak perlu untuk fikir benda2 yang tak penting.

yes, time rest tu kena la ada la jugak kan.
tapi pacik bukan jenis yang boleh duk saja.
kena buat kerja jugak.

minggu ni ada kejohanan padang & balapan
MSS perlis..yes, pacik akan busy la.
pacik suka.
bila pacik buat benda yang pacik minat,
benda tu jadi seronok.
tak da tekanan langsung kann.

tak kisah orang nak cakap apa.
janji pacik seronok dengan apa yang pacik buat.

korang pulak macam mana?

Monday 26 March 2012

terima kasih kerana memberi peluang

tajuk entry tak leh blah kan.
macam esei SPM pulak.dasar kannn

thanks to coach Nordin Jadi yang sudi
bagi pacik peluang untuk lari ngan team johor 
untuk event 4x400m semalam.
walopon tak menang, tapi syok sangat.

camna boleh main ngan johor?

aaaa...meh sini nak cerita.

asalnya pacik dah ada dah team pacik untuk 4x400 ni
tiga orang teammate pacik tu semua budak uitm.
asalnya memang kami plan nak lari skali laa.

nak jadikan cerita, coach uitm tak bagi diorang ni lari
untuk Perlis..diorang kena main atas nama uitm jugak
jadik pacik takleh la nak join diorang..

kebetulan time meetin hari tu coach nordin
tanya pacik lari tak 4x400..pacik cakaplah tak lari sebab takda team
kebetulan salah sorang budak team johor tu budak uitm jugak.
jadi, ada satu kosong untuk team johor ni.
dah orang ajak..apa lagi...join je la
bukan selalu dapat join ngan team lain.
leh gak kenal2 orang kan.

janji puas hati dapat lari.
heheheheee

hari ni coach bagi rest.
esok start warm up balik.
lepas tu start buat gym.
lama dah tinggal gym.
nak kuatkan kaki balik ni..haishhh

nak jadi champion mental kena strong.hiyarkkkkk


Saturday 24 March 2012

1st event taun ni..alhamdulillah...

syukur...syukurrr
walopon tak menang, 
tapi pacik happy sebab dapat buat 
personal best untuk event 400m

nak kata puas hati tu tak la.
sebab tak capai target coach.
coach pacik target 49s,
tapi nan hado...
dapat 50s somethin pon dah ok.

next event kat N9 harap2 dapat perform better la..
malam esok ada lagi.
4x400m..target medal la ni.

tapi, malam esok kaw la.
semua power2 punyer.

takpe, janji dapat buat yang terbaik.
dapat bantu team johor menang pon boleh.

erkkk..JOHOR okay.
pacik bukan orang johor.
pacik orang terengganu.study kat perlis lagi.

macam mana boleh main ngan johor??
haaa..nanti pacik cerita na...la ni nak tido dulu.

babaiiiii

Wednesday 21 March 2012

adonyaiiiiponnnn...bengong betol...hahahaaaa

ni tak tuju kat orang lain.
tapi tuju kat pacik sendiri.
semalam ada cakap pasal nak buat header 
baru kan.
tetiba ni ada semangat nak buat.
ntah datang dari mana la semangat ni.

tapi....
pacik lupaaaaa
pacik baru format laptop.
tak install lagi adobe photoshop.
apa kebangang kan!!!

dasar tua kan.
memang selalu pelupaaaa!!

nak kena install dulu adobe photoshop tu.
lepas tu nak tunggu mood rajin datang balik.

adoinyaponnn

wordless wednesday

Tuesday 20 March 2012

header baru

nak header baru...nak header baru...lalalalalaaa
ada sapa-sapa nak tolong buat kat pacik tak?
hewhewhewww
dasar orang tua pemalas memang macam ni.

boleh ja pacik buat sendiri tapi MALAS..
tu yang penting.
tiada yang lebih penting melainkan daripada
yang terpenting.muahahaa

ada tak sapa-sapa kat sini yang terer buat header?
tolom buat kan untuk pacik boleh?
nanti pacik blanja makan ABC..nak?

lama dah pacik nak tukar..tapi tu la kan..
malasssss..
pacik ingat nak buat lain..
lebih kurang ja dengan lama ni..ada ejas sikit..
bagi cool sikit...
tapi kalau ada yang rajin nak tolom buat pon ok jugak kan....

tengok la macam mana.
kalau rajin dalam masa terdekat ni pacik buat la.
kalau rajin la..
kalau tiga pat minggu tu tak bertukar lagi tu..
urmmmm pempaham je la ye..

pacik nak tido dulu..
esok kerja..
orang tua memang kena tidol awal.
jaga kesihatan katakan.

ok.babai

relay malam ni..hoyeahhh!!

tiga rancangan mengajar nak kene setel minggu ni.
adoinyaponnnn.
dua yang hari ni, satu yang esok.
yang hari ni no problem..senang je..
acececee..belagak nak mamps
esok problem ni.
complicated giloss.

la ni dah pening ni.fail pon tak setel lagi.
bahana buat kerja last minit memang macam ni
padan muka pacik kan.

ni kerja tak setel lagi.
gatal duk hapdate belog.

dah2...
nak buat kerja ni..
kalau rajin tengah malam nanti up lagi.
*dan2 kan

ok bai

jom join bloglist BEN ASHAARI...cepat!!!


kenapa berbelog??

huhhh..soklan yang agak subjektif untuk pacik jawab.
tapi pacik akan cuba jawab seikhlas hati pacik.
ayat tak mau kalah kann

mula2 pacik berbelog ni sebab suka2 ja..
ya suka2 ja..pacik rasa mesti jawapan ni lebih kurang ja
kan dengan semua.SUKA SUKA katanya
walopon ada niat lain..

bila tengok kawan pacik hari2 duk ngadap belog.
aihh, teringin jugak nak ada belog.dasar kan.
nak jeles sokmo ngan orang lain.

ingat kan mudah nak handle belog ni.
tapi..fuhhhh..lagi susah dari buat esaimen.
yang paling susah bila nak tarik readers untuk baca belog kita.

bila pacik berbelog sebab suka2 ni,
so macam tak da pressure la sangat.
pacik lebih suka macam ni.
boleh kongsi apa saja dalam ni kannn..

janji happyyyyy

tu tujuan pacik buat belog ni....
korang macam mana?

berminat nak join..kelik sini

Sunday 18 March 2012

manusia memang pelik kan..macam-macam ada

baru-baru ni keluar paper yang ada manusia yang makan sabun.ada yang minum minyak petrol la.tak logik kan.bayangkan minum minyak petrol kot!! pacik bila isi minyak pon kadang2 tak leh nak tahan bau minyak petrol tu.ni boleh pulak minum menda tu.adoinyaponnn.yang makan sabun ni lagi satu.dia cakap makan sabun ni macam makan biskut.kalau cicah air teh lagi sedap.apakah??

kalau rajin duk terjah blog2 adalah terjumpa lagi bermacam2 perangai pelik manusia ni.sampai yang tak leh nak terima akal pon ada.yang makan sabun tu pon dah macam erkkk..WTH dia ni nak makan sabun bagai kan.tak dak menda lain ke nak makan.McD ke, kepchi ke..huhuhhhhuu..banyak lagi kan.

pacik pon ada satu perangai.nak kata pelik tu tak la pelik sangat kot.tapi pacik rasa pelik la bagi pacik.boleh pulak ek pelik kat diri sendiri.

wat the heckkk kann

pacik rasa ni bukan perangai, tapi lebih kepada habit pacik.habit ngn perangai tu bukan benda yang sama ke?lantak lah kann

korang penah nampak tak garisan2 kuning yang ada kat jalan raya tu.mesti penah kan.kalau tak penah tak tau la.korang duk dalam hutan kot.biasanya garisan ni ada kat jalan lurus.tak pun bila dekat ngan lampu isyarat...perghhh lampu isyarat terussss...muahahaaa.boleh bayang tak?bukan garisan kuning yang tepi jalan tu.yang tak leh parking kereta tu.garisan kuning yang kat tengah jalan tu.dia macam bonggol la.tapi rendah ja.kalau kawasan jalan kaki kat lampu isyarat tu ada grisan putus2 kan.lebih kurang macam tu la.ala yang garisan kuning tuuu..tau kann

habit ni biasanya bila pacik bawak motor la...ishhh segan la pulak nak habaq

hewhewhewwwww...

bila pacik nampak ja garisan ni..automatik motor yang duk bawak laju2 tadi pacik selow kan.nak tau kenapa?haaaaa, bila nampak je garisan ni pacik selowkan motor lepas tu pacik akan bilang brapa banyak garisan kuning yang ada.huhuhuuu.walopon pacik laju jalan yang sama ni berkali2, jumpa garisan kuning yang sama ni berkali2, pacik tetap akan kira berkali2.contoh macam ni,kalau pacik nak pegi semayang kat masjid, pacik kena lalu jalan ni yang mana kat jalan ni ada la garisan kuning tu.time pergi pacik kira.time balik pon pacik kira.padahal jumlah memang akan sama.tak kan bertambah ponn kann.

tapi pacik tak tau la kenapa.memang dah habit pacik.tak tau dah nak buat macam mana.sepuluh kali lalu jalan ni,sepuluh kali la pacik kira.korang rasa pelik tak?perlu ke nak pegi jumpa doktor.kahkahkahhh.melampau la sangat.dasar.

kalau ngan kereta tak lah sangat.sebab susah nak kira kan.tapi kalau ngan motor wajib.

korang penah tak jumpa orang yang perangai pelik.nak jugak pacik tau.kot2 boleh buat geng.buat group kat fesbuk ke.

ke korang sendiri ada perangai pelik.

meh cerita kat pacik~

Saturday 17 March 2012

kembali bersiaran

holoh...holoh...holohhhhhhh
lama tak jumpa..
kemalasan melanda sewaktu cuti.
akibatnya belog tak berhapdate.

sekarang cuti dah abes,
insyaallah akan rajin kembali

kwkwkwkww...
tapi sekarang ni nak amik mood dulu
hewhewhewww

Friday 9 March 2012

Amin....rezeki kami

Alhamdulillah..team relay kami menang lagi.
ni dah kali kedua pacik menang untuk event 4x100 ni taun ni.

terima kasih buat IPG kampus tuanku bainun yg 
sudi jemput team kami ehkk.

kami target pon menag sebab pagi sebelum event tu 
kami baru test training baton.hahahaaa

apa2 pun, u guys r the best.hahaa

team kami
harap2 lebih banyak kejayaan lepas ni
hoyeahhhh

Wednesday 7 March 2012

testing3...one two three

saje nak try update pakai bb ni.
Kahkahkahh..jap g kan nk p penang
Jadi kena blajar la update via bb ni..

babai
Sent by Maxis from my Blackberry Smartphone

off to penang

hoyeahhh...lama tak p penang aihh
jap g bertolak p..tapi nan hado la kan..
bukan nak p berjimba sana sini.tak layan doe
ada game kat sana pagi esok.

uishhh,barang satu apa pon tak kemas lagi.
esaimen nak kena hantar jap gi.adoinyaponnn

kalau pacik rajin pacik up entry via bb pacik tu.
kalau malasssss,urmm bolayann
tapi tu la, nak post via bb tu tak puas hati.
kecik sangat kan...

dahh membebel, pacik nak kemas baju...
penangggg,here i come!!

Tuesday 6 March 2012

arghhh ketagihhh...ketaq2 dah ni

hari ni masuk hari kelima pacik tak minum ais.
pacik try untuk avoid ais sebab pacik rasa stamina pacik 
dah kurang.pacik rasa banyak sangat pacik minum ais 
sebelum ni.

tengok member2 minum milo ais, perghhhh nikmatnya..
lagi2 kalau tengah hari.pekena sirap limau memang terbaik ahh.

sekarang ni dah menggigil gigil terliur tengok orang minum ais.
rasa macam eeeiiiiii...nakkkk jugak.

dulu pacik pernah tak minum ais selama 4 bulan.memang kaw2 punya.
minum air panas tu rilek je.macam minum mineral je.

tapi sekarang ni pacik memang teringin nak minum ais.
semoga pacik kuat nak lawan nafsu serakah ni.
kahkahkahhhh

say No to ice...hoyeahhhh..go pacik go

susah nak ubah mentaliti masyarakat kita

salam semua..hari tu pacik ada merepek pasal tak puas hati pacik terhadap isu mensyuarat PIBG tu kan. ha, ni pacik nak habaq mai pasai pa pacik tak puas hati sangat ni.

korang penah pergi mesyuarat PIBG tak? mesyuarat PIBG ni mesyuarat yang melibatkan ibu bapa murid dan guru guru di sekolah tersebut. kat mesyuarat ini lah kalau parents tu nak komplen masalah ke, apa yang tak puas hati ke. atau pun nak usulkan sesuatu untuk menjadikan sekolah tu lebih baik la kan. ni kali pertama pacik handle musyuarat PIBG ni.yelah, dah namanya cikgu kan, jadi pacik kena lah handle menda2 macam ni.

kalau korang pernah pergi mesyuarat PIBG ni la kan, agak2 kehadiran parenst kat mesyuarat tu ok tak?

pasal ni lah yang pacik tak puas hati ni.korang boleh bayangkan tak, kehadiran parents untuk mesyuarat ni tak sampai pon 100 orang. korang boleh tengok tak betapa tak ambil beratnya ibubapa terhadap mesyuarat PIBG ni. nak kata busy, mesyuarat ni buat time cuti. hari SABTU kot. kalau la dah plan program, memo untuk mesyuarat ni dah diberi SEMINGGU sebelum tu kot. tak kan la tak leh nak skip program tu untuk attend meeting yang penting macam ni. bukannya tiap2 minggu. sekali setahun je kot mesyuarat PIBG ni.

bila pihak sekolah buat program, ada je yang tak puas hati. itu la ini lah.lagi2 kalau yang melibatkan DUIT. dah tu, time orang buat meeting, punyalah payah ko nak pergi.tapi bab2 nak kondem orang ni, hahh no 1.pacik tak salahkan parents yang susah payah hadir kat mesyuarat ni. pacik terkilan la dengan sikap ibubapa yang susah untuk luangkan sedikit masa untuk kepentingan anak2 mereka. kalau yang betul2 emergency tu pacik tak leh naka kata apa la kan.pacik terkilan dengan menda ni sebab rata2 budak sekolah ni adalah MELAYU yang mana mak paknya sah2 la MELAYU jugak kan.

kalau dah bukan mak pak yang nak kan perubahan untuk anak2 mereka sendiri, nak harapkan kat siapa lagi?tokeh gula?

pacik tak puas hati pasal menda ni sebab kalau bab yang melibatkan duit, "orang kita" memang laju.pandai la pulak nak mai pepagi kan.sanggup tunggu berjam2 semata mata untuk dapatkan duit tu. yes, pacik tak nafikan memang duit ni penting. dah kalu untuk duit ni ko sanggup bangun awal pagi, pastu tunggu sampai ke tengah hari, tak kan tak boleh untuk ko hadir meeting ni hanya  sejam dua yang memang dah sah2 penting.

minggu sebelum mesyuarat PIBG ni, yakni sabtu dua minggu lepas, kerajaan ada bagi BR1M untuk yang layak, nak sampai dua tiga kilometer parking kereta.sanggup tuuu. tapi yang ni, ko parking je kereta dalam kawasa sekolah, jalan tak sampai pon 50 meter tapi tak leh nak hadir.pacik pon tak paham laa.

dah namanya manusia kan, bila menda yang melibatkan duit, memang laju.kawan pon sanggup makan kawan.tapi bila benda yang melibatkan pendidikan contohnya, orang bertempik kat tepi telinga pon belom tentu nak dengar kan.

benda ni pacik luahkan sekadar nak bagi tau rasa tak puas hati pacik terhadap perkara2 penting macam ni yang orang tak mau nak pandang. bukannya pacik nak kondem sapa2.pacik hanya terkilan.

kalau mak bapak tu sanggup untuk berpanas berhujan untuk dapatkan apa yang mereka nak, tak kan tak boleh nak luangkan sedikit masa untuk kepentingan anak2 mereka.

jangan sekadar tahu untuk tunding jari kat orang lain.sekali kita tunjung jari kita kat orang lain, empat jari yang tunjuk kat kita sendiri.

fikir fikirkan dan selamat beramal.

chills uols

Saturday 3 March 2012

pacik tak paham

ada menda yang pcik nak ceritakan pasal mesyuarat PIBG tadi.
tapi nanti laa..malam ni kot.sekarang ni penat lagi.

pacik bukan nak kondem ke hape.tapi ntah laa.
rasa terkilan pon ada.

ehh ehh, dah start cerita dahh..
sori2..malam ni la ekk

babai

*pacik pon tak paham entri ni pasal apa...adoinyaponnn

tak leh pakai..adonyaiponnn

semalam pacik ada bagitau pasal adress pacik yang baru tu kan.
tapi sayang adress tu tk leh pakai.jadi terpaksalah pacik guna yang lama.sob2

bukannya problem sangat,tapi bila pacik tukar adress baru ni,
semua bloglist pacik hilang.en nuffnang pon hilang jugak.
memang tak syok la kannn

kesimpulannya,jangan duk gatal2 nak p tukar adress!!

Friday 2 March 2012

Adress baru...tak yah keliru

ye pacik dah tukar nama untuk pacik punya adress blog pacik.

sebelum ni pacik guna mencaribelog.blogspot.com

sekarang ni pacik dah tukar.pacik guna

belogpacik.blogspot.com

jadi kpd kipas susah mati pacik,tak yah keliru la.
pacik masih lagi orang yang sama.takda orang hack blog pacik ni.
tetap hensem macam dulu.muahahahahahaa

agak2 bila la ada orang nak sponsor domain free ehk.
hati sikit lagi nak dapat time join segmen bang ben.
tapi tak da rezki lagi.
hewhewhewww

doa2 la untuk pacik semoga murah rezki.

aminnn

esok sabtu and YES esok kerja

ingatkan nak rest la jugak kan.
dah penat bebenor dah hari ni.esok boleh jugak setelkan kerja2 yang tak setel lagi tu.
tapi nan hado la kan.esok cuti ganti sempena CNY hari tu.

pagi esok ada merentas desa kat sekolah.petang tu pulak mesy. PIBG.bagus.
pacik kena incharge untuk PA system.ok la tu.

lusa pulak plan nak pergi padang besar.adonyaiponnn
bila nak setel kerja nih.
tak abes2 berjalan kan.memang la tak setel kerja tu.

malam ni nak tido awal.sebab esok kerja kan.

kan cikgu yang baik.kena la tunjuk perangai yang baik

kahkahkahhhh

salam.


pengakhiran yang sempurna

setelah seminggu kejohanan padang & balapan tertutup IPG kampus perlis dijalankan,pagi tadi dah berlangsungnya majlis penuh yang cukup meriah..ayat tak leh blah kan.macam esei SPM..kahkahkahhh

dah kelam dah kulit pacik ni duk berjemur tengah panas hari2.sapa suruh gatal sangat nak main kan?gampang.tahun ni tahun terakhir pacik join event ni sebab sekarang ni pacik dah final year kan.uhuk3..dah tua rupanya.tak sedor diri.

banyak kenangan pacik sepanjang kejohanan ni.yang paling syok, pacik dapat tebus balik untuk tahun lepas.haha.tahun lepas tak leh join sebab ada event lain.tahun ni join balik.pacik katakan sempurna sebab pacik dapat jadi olahragawan tahun ni.

hahahahaa...buat muka bangga sikit.

pelempang sedas baru tau

hensem tak?kahkahkahhhh
pacik tak expect pon sebenarnya.pacik join ni pon sebab nak amik feelin untuk next event.mula2 tu rasa cuak gak sebab lama tak lari atas padang ni.takut injured.dah biasa training atas trek je.rasa macam lain la sikit bila lari atas rumput ni.

rasa sedih pon ada jugak sebab lepas ni pacik tak kan rasa dah pengalaman yang macam ni.Insyaallah kalau panjang umor, tahun depan pacik akan mula sebagai penjawat awam.sebagai seorang cikgu,jadi feelin tu tak kan sama la kan.

tadi pon rasa macam sebak je bila dah abes semua ni.rasa macam sekejap sangat ja semua ni berlalu.rasa macam baru je join kejohanan ni buat pertama kali dulu.tup2 dah abes dah semua.sedih kan.jom nangis sama2.

ntah apa ni pacik duk membebel ni kan.duk buat emo2 pulak kan.dah2,jom berjimba di hujung minggu walopon esok kena kerja.

babai folks

Thursday 1 March 2012

syok join segmen...tapiiiii

bila lama tak join segmen ni, jadi syok pulak bila join balik ehk.
dapat kenal ramai lagi rakan2 blogger.macam ehh, banyak jugak blogger kat Malaysia ni yer.
selalu pacik join segmen yang en ben buat ni pasal game je.macam peraduan gitu je.

tak penah la pacik join yang bloglist ni.yang ni 1st time pacik join.
syok la jugak kan.kalau segmen2 yang dulu tu, tak perlu la kita nak komen2 kat blog lain kan.

tapi untuk bloglist ni, kena la komen kan.pacik takda masalah pon nak komen ni.

cuma yang leceh sikit tu bila kita komen lepas tu nak kena masukkan keyword apa kebenda ntah.
kononnya keywords ni nak sahnya yang kita ni bukannya robot.

pacik pon tak paham kegunaan menda ni.bagi pacik menda ni agak menyusahkan la.pacik sangat2 tak suka.
pacik syok kalau kita komen terus ja naik.tak perlu nak keyword2 bagai.menyusahkan.

tapi menda tu atas korang semua la kan.pacik takleh la nak halang kan.kalau korang rasa menda tu sesuai,
go on je la kan.tapi kalau pacik, pacik tak akan letak menda tu sebab menda tu akan menyusahkan peminat2 pacik untuk komen kat belog pacik ni.kahkahkahhhh.macam la ramai sangat yang baca belog merapu pacik ni.gampang kan.

ni nak rest kejap.dah banyak dah terjah belog.tunggu reply komen je.jap g sambung balik.

ok bai

BEN ASHAARI : Bloglist April 2012


kenapa patut pilih belog pacik?

urmmmmm

terus terang pacik katakan yang belog pacik ni bukan lah belog yang berilmiah sangat.kalau nak dapat informasi ke maklumat ke, belog pacik ni bukalah tempat yang sesuai.*informasi ngan maklumat tu bukan sama maksud ke?

tapi kalau sekadar nak berkongsi cerita ke, pengalaman ke, bolehlaa.pacik tak suka untuk menulis sesuatu yang kompleks.pacik nak belog pacik ni senang untuk difahami. biar ringkas tapi seronok.

kalau pacik nak join belog pacik ni, jom!!

kalau korang pon nak join segmen ni, sila kelik sini

bulan baru buku baru..baru best!!

ceh, tajuk macam tongue twister kan..tak leh blan la pcik..kahkahkahhh..pelampang dua das baru tau

sekejap ja kan dah masuk bulan mac pon.rasa macam sekejap sangat masa berlalu ni.ke pacik ja yang rasa cenggini?kalau dulu, sehari tu lama la jugak.banyak la jugak kerja yang boleh buat.tapi sekarang ni?pejam celik pejam celik dah abes sehari.kejap bebebor rasanya.

sekarang ni dah masuk bulan kedua pacik praktikum kat sekolah ni.pacik pon dah rasa makin selesa dengan persekitaran sekolah ni.macam tak mo pindah ja.gampang kan.hahaaa

ada lagi lebih kurang 6 minggu praktikum kat sini.banyak lagi kerja yang pacik tak setel.yang paling penting kajian untuk thesis pacik pon tak setel lagi ni.adoinyaponnnn.pening2

bukak2 blog bang ben tengok2 ada segmen.hehehee..jap g join laa...lama tak join belog bang ben ni.

bila dah join segmen ni, harap2 mood nak menulis tu rajin la sikit.hahaaahhaa

tapi buat masa ni,malas lagi ni.jap g start rajin kot.

kbabai