sebagai manusia, kita sering kali inginkan yang terbaik untuk diri kita. yes, itu sangat penting kerana yang terbaik itulah yang membuatkan diri kita rasa puas hati. bagi pacik, menjadi atau mendapat yang terbaik itu merupakan satu bonus yang Allah bagi setelah apa yang telah kita usahakan dengan bersungguh-sungguh. kalau kita tak berusaha, manakan nak dapat seperti yang kita inginkan.betol tak?
namun, tak selalu yang kita nak tu,kita dapat.dan perkara sebeginilah yang membuatkan timbulnya masalah-masalah seperti hasad dengki, dendam dan sebagainya. kekadang kita tak puas hati jika ada orang lain yang mendapat lebih dari kita. dah nak buat macam mana, tu rezeki masing2. Allah dah bari rezeki yang lebih untuk dia. itu hak dia.
bagi pacik, pacik amalkan konsep syukur. apa yang kita dapat kita cuba untuk bersyukur. ucapkan terima kasih kepada-Nya. sukurang2 nya Dia bagi jugak kepada kita. kalau tak diberi langsung macam mana?lagi susah kan. untuk dapatkan yang lebih, kita kena usaha lebih dari itu. jangan lah nak harapkan nasib semata-mata. buat kerja sikit, tapi mengharapkan ganjaran yang banyak.memang mustahil lah kan.
macam yang berlaku pada pacik kelmarin. pacik lari kat Kedah Open. memang timing pacik teruk. jauh dari target pacik. nak kata puas hati tu memang tak la.malu ada laa.nak jumpa denga coach pon malu lepas tu..sehari pacik tension.frust gila2.tapi malam tu pacik pikir balik semua tu. mungkin nak kena banyak compete lagi,kurang pengalaman lagi.training kurang ke.macam2 pacik pikir.benda yang dah lepas, tak leh nak putar balik. jadi, pacik pikir untuk next event. nak kena usaha lagi.keep thinking positive.yang negatif tu tolak tepi kann.
mungkin korang ada pendapat masing2.tapi pacik pegang dengan yang ni.pacik selesa dengan apa yang pacik buat....babai
2 comments:
bersyukur itu lebih baik daripada kita mgeluhkan..
xpe, lepas ni pacik cuba buat yg terbaik dari semlm..
yup.....kita berusaha...selebihnya serah pada Allah
Post a Comment