Wednesday, 26 June 2013

The journey begin....

setelah berbulan-bulan duk tunggu, akhirnyaaaaaa
pacik akan mula berkhidmat sebagai pendidik ditempat yang tak pernah pacik bayangkan.
tak terlintas langsung untuk kesana.
tapi pacik yakin, semuanya telah dirancang oleh baik oleh Allah.
pacik akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
wahai anak-anak sarawak...tunggu kehadiran pacik....

semangat itu penting..mwahahahahaaa

mungkin pacik akan buat story pasal sarawak lepas ni..
mungkin je lah ye..
jgn nak harap sangat sebab tahap kemalasan pacik untuk mengupdate belog adalah tinggi..

babaiii

Wednesday, 29 May 2013

Konvokesyen

Salam.

Hari ni merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup pacik. Ptg ni pacik akan secara rasminya bergraduan. Tak sabar rasanya. haihhhhh...

Takmo tulis banyak-banyak. tak seprais. Nanti pacik uplod gamba.

daaaaa

Tuesday, 7 May 2013

Tanggungjawab



Senang je kan nak sebut. Sangat universal. kalau nak cerita pasal perkataan tanggungjawab ni saja, pacik dah boleh buat 10 entry. Kononnya. Sebulan sekali pon susah, ni kan 10 entry. Phuiii..Sembang sajo.

Pada 5 Mei yang lalu, telah berlangsungnya Pilihanraya Umum yang ke 13. Wahhhh, cikgu BM sangat ayat.kakakaaaa.. sebagai seorang rakyat Malaysia yg telah layak untuk mengundi, pacik sanggup redah jem dari KL balik kg semata-mata nak tunaikan tanggungjawab ini. al maklumlah, 1st time nak mengundi, dia punya syok ngn nebes tu lain macam. Tak macam Pilihanraya Kampus.

Kat tempat pacik, semuanya berjalan dengan lancar. Takda lah kejadian-kejadian yang tidak diingini kecuali pacik yang sanggup untuk beratur sejam setengah semata-mata nak ngundi ni. Sanggup berpanas. Peluh tu tak yah cakap la. Lencun baju.

Ni bukti pacik dah menunaikan tanggungjawab pacik.


haaa, nampak tanda biru kat jari tuuuu..tu tanda orang yang dah ngundi.

Walopon isu dakwat kekal ni memang bising sebab ramai yang kata dakwat ni tak kekal, bagi pacik ok je. Sebab sampai ari ni, ada lagi dakwat tu kat jari pacik.

Sepanjang proses nak mengundi sehinggalah setel semua nya ni, macam-macam isu yang kita dengar. parti tu kata kat parti ni, parti ni kata kat parti tu. Sampai dah muak dah. Kepala otak dah ni dah takleh terima dah. Macam2 masuk.

Pendapat pacik, benda ni tak kan berlaku jika semua pihak mendapat ruang yang sama dan secukupnya untuk berkempen. Tapi benda ni nampak mustahil kan. Nama je negara demokrasi, tapi tu hanya pada nama. Tidak dilaksanakan. Pendapat pacik je ni. Jangan korang2 nak sebarkan pulak. Jangan salah anggap pulak ya. Biasa la orang Malaysia ni, cepat sangat nak nilai orang.

Bagi pacik, pacik pilih yang terbaik yang mana pacik rasa dapat membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dapat dan maju. Tu yang penting. Tak mau ada kacau bilau semua ni. Maju saja tak guna kacau rakyat duk bergaduh sesama sendiri. Lagi-lagi Malaysia ni ada macam-macam bangsa. betul ke idak yang pacik cakap ni?

Lagi satu, pacik nak ucap tahniah kat pak sedara pacik yang juga menang dalam PRU ni. Walaupun asalnya dia tak nak join PRU ni, namun atas kehendak parti, kenalah jugak berkhidmat kan. Semoga berkhidmat dengan baik ye ayah ngah.

Last skali, bagi kerajaan yang dah dibentuk semalam, berkhidmat lah dengan baik dan tunaikan mandat yang diberikan orang rakyat dengan sebaiknya. Pacik yakin, kerajaan ni mampu untuk membentuk Malaysia sebagai negara yang maju dan amat. Jangan sia-siakan kepercayaan yg diberikan. tak gituuuuu??



Motif tetiba nak letak gambar kannnn..pacik tau korang rindu pacik. tu lapasal pacik letak gambar ni..mwahahahaaaa

k.bye

Thursday, 7 February 2013

long journey

wahhh tajuk entry kemain..
macam dah pergi merantau keliling dunia kann..
padahal..hampehhh
duk memerap je kat sini..
tebalkan lemak segala kat perut ni

urmmm..macam mana nk start ehkk
kes lama sangat tak buat entry jadi macam ni lahh
nak buat satu saya pun macam nak kena tulis karangan 2 helai muka surat.
dasar orang tua pemalas memang macam ni..
maafkan pacik yer..
korang serulah mood rajin pacik supaya selalu up entry..
padahal banyak je cerita nak tulis..
tapi tu lahh..blur campur ngan pemalas skali..
end up dia jadi macam ni lahhh...
nasiblahhh yerkk

nak cerita pasal apa ntah..
pacik pon dah lupa..
kemain sangat melalut nih..
adoyaiii

ok pacik nak cakap pasal pacik punya posting..baru ingat nihh
klau ikut pengalaman senior-senior pacik yang dulu
lepas abes je study dalam bulan 11 macam tu,
awal bulan 1 terus posting.
jadi memang tak da masalah lah sebab itu dah terikat dalam perjanjian.
mereka-mereka tu memang bertuah.
sangat bertuah sebab tak perlu nak pikir apa apa.
kami ingat kami ni sama macam diorang lah.
dont have anythings to worry about.

rupanya tidak macam tu..
nasib badannnn

kami merupakan batch pertama lepasan IPG yang harus bersaing bersama sama
dengan keluaran IPTA..tiada lagi keistimewaan kepada graduan lepasan IPG
walaupun kami ditanggung sepenuhnya oleh KPM semasa belajar

isu ni agak kecoh la dapat group fesbuk tu sampai ada desakan nk ke putrajaya
la apa laa...haishhh
tapi bagi pacik, semua ni jalan yang dah pun ditetapkan oleh -Nya..
kita hanya follow ja..ada rezeki ada laaa kannn..

19hb feb ni akan start sesi temuduga untuk jawatan yang pacik mohon tu..
harap semuanya berjalan lancar..tapi pacik tak tahu lagi bila pacik punya
sesi intebiu tu..15hb baru kuar result tu...sesi intebiu sehingga 27 mac.
lepas intebiu mungkin kena tunggu 2 3 bulan sebelum posting..
tu pon kalau lulus..huhuhuuu
kalau tak..haaa..ternak la lemak tuuuuu bagi tebal

lama kannnn..
tu yang long journey sangat tuh..
kononnya....
mwahaahaaaaa

tak tau nak ending macam mana nih
ntah apa apa..

sekian...nak g lunch..