Monday 7 October 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 7 - Kursus

Yeeeee...kursus. Cikgu dengan kursus memang tak dapat dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Setelah hampir 4 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam, pacik akhirnya dikerahkan untuk g kursus ni. Humphhhh..

Dah laa jauh gila kursus ni. Buat kat Marudi. Kalau yang tau tu bagus. Yang tak tau tu, errrrmmm.. P google la yer. Malas pacik yang gtau. Mwahahahahaa. Kursus start 7 sampai 9 okt. Hari ni lahh tu yer. Ari ni punya dah habis untuk satu subjek. Baca kat bawah la nanti yer. 

Nak sampai ke Marudi ni, nak dekat 1k jugak lah habis. Demmit. Mintak2 dapat lah balik claim nanti. Kalau tak dapat memang sakit lah jugak. Banyak tu.

Motif sangat nak tunjuk gambar kasut kan. Ada cerita sebenarnya nak bagitau.

Pacik kan ngaja dalam hutan. Jadi kasut ni memang tak pakai langsung kat sekolah. Last pacik pakai 2 bulan lepas kot. Lepas tu terperuk je bawah meja tu. Incase kalau ada pegawai datang. Kalau tak memang pakai kasut getah crocs tu ja. Tak pun sandal ja mai ngaja. Dah nak datang kursus, tak kan nak pakai kasut getah kan. Mau kena halau jap g. Pacik amik la kasut ni, tengok2 tu diaaaaa, bersawang kasut nih..kahkahkahhh satu kerja pulak nak kena cuci balik sawang2 tu.

Ok2. Balik ke topik kursus. Kursus ni untuk perlaksanaan KSSR tahun depan untuk Tahun 4. 2 orang satu sekolah. Pacik cover untuk subjek BM, Sejarah ngan PSV. Tudiaaaaaa sejarah bagai. Tahun 4 baru kot. Seingat pacik la, time pacik sekolah menengah dulu2 pun punya lahhhhh malas nak study sejarah. Bosan kot wehhh. Ni Darjah 4 dah kena belajar sejarah. Nasiblaaaa budak2 sekarang ye. 


Pacik kena pergi sebab pacik sorang je major PSV kat sekolah pacik tu. Yang BM tu takda masalah sangat. Memang pacik boleh cover sebab minor pacik. Yang sejarah tu... Haisshhh.. Tengok lah esok mcm mana.

Lagi sorang member pacik cover untuk BI, MT ngan Sains. Kalau ikut memang pacik nak pergi sebab taun depan pacik yang akan ajar MT ngn Sains darjah 4. Tapi tak kan nak belah dua badan ni kan. Jadi, pacik pergi untuk PSV, member pacik pergi yg satu lagi tu. Dua2 buat kat Marudi, tapi lain2 tempat. Tu yang susah sikit. Konsep dia sama je KSSR ni, tapi kaedah penilaian tu tu je mungkin lain. Takpe, nanti samapi sekolah, bincang balik lahh.

Minggu depan ada lagi kursus ni, tapi subjek lain pulak. Orang lain lah pulak yang datang. Pacik balik raya woohhh. Lagi 2 hari kursus. Hari khamis balik semenanjung. Yebedabeduuuuuuu

Ohhh lagi satu nak cerita, lepas ni mungkin pacik rajin sikit update belog sebab dah install blogger punya apps dalam ipad nih. Senang lahh sikit kerja pacik nih. Nanti lain entry pacik cerita panjang pasal ni ehkk. Tu pon kalau rajin lah yer. Kalau tak, nasiblahhhh. Korang seru lah mood rajin pacik ni yerr.

Ok nak g makan. Babai

1 comment:

Unknown said...

alahai kite pon tak suka sejarah la cikgu pacik!