Saturday, 21 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 2


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari melakukan dosa,
jadi apa salahnya untuk kita berusaha sedikit untuk menghapuskan dosa..memang diakui, menyuruh untuk kebaikan amat sukar untuk diikuti, tapi sedarlah betapa besarnya nikmat di penghujungnya.

selamat beramal~

Friday, 20 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 1


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

tak nak kah kita kalau kita bersih macam ni?
sedangkan kita nak tubuh kita wangi semerbak, agak agak 100meter dah boleh bau kan..tak bersih bahagian dalaman ni kita tak nak?

bersih luaran semua orang mampu..tapi bersih jiwa rohani, hanya Allah yang mengetahuinya..
selamat beramal~

im comin' home

hoyeahhh..malam ni balik umah
lama dag tak balik aihh..
last balik bila ntahh...punya la kejam kann

malam ni bas kul 8.
agak terkilan sebab akan miss terwaih pertama malam nih

insyaallah kalau sampai awal akan sempat sehaur kat umah..
kalau tak...umm..sahur tengah jalan je la ehkk

oh lupa nak gtauu
hari last day pacik kat sekolah
sebagai guru pelatih
lepas ni xda dah
kalau panjang umur akan berkhidmat sebagai
penjawat awam tahun depan..yehaaaaa

kejap ja kann..
dah nak abes dah 5 tahun setengah dah study
ye ke kejapp...lama kott
dah macam macam buat..

ehhh kelaut pulakk

xda apa nak cerita.
pacik akan update pasal kelebihan terawih macam biasa
jadi tunggu la ehkk

babaaaiii

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan datang lagi...

pejam celik pejam celik dah nak puasa dah ponn..Insyaallah kalau tiada aral melintang, hari sabtu ni seluruh umah islam akan mula berpuasa. tu kat malaysia la..kat obesi pacik tak tau lah..dan Insyaallah kalau dipanjangkan umur oleh-Nya sempat lagi kita berpuasa tahun ni..kejap je kan..rasa macam baru ja raya tahun lepas..

apa persediaan kita nak sambut ramadhan ni? kalut sibuk beli baju raya kah? order biskut raya kah? tukar sport rim kereta yang baru kah? macam lain je ehk persediaan tuu...ceh, perli kononnya tu kan..padahal pacik pon 2 minggu lepas dah tempah baju raya...mwahahaha

pacik pon tak lah baik sangat kan...tapi sekurang-kurangnya marilah sama- sam kita saling mengingati sempana bulan 1000 bulan ni..bulan yang mana penuh dengan rahmat dan barakah.tapi jangan lah time bulan puasa ja baik kan..dah habis puasa masuk balik roh2 jahat tuu..takmau2 macam tu..biarlah kekal selama-lamanya.

walaupun kita tak dapat dah berubah seratus peratus, berubah sikit pon jadi lahh..atleast ada jugak perubahan kann..

yang penting, kita kena tetapkan niat dalam hati tu untuk melakukan kebaikan.Insyaallah kalau kita niat nak buat baik, Allah akan permudahkan untuk kita. pada bulan puasa ni juga, pacik harapkan agar terbuka pintu hati kita untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran pada bulan ni berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

pacik tak pandai nak bagi tazkirah ni.kot2 la tersalah ke kan.naya pacik.

jadi, sempena kedatangan bulan ramadhan ni..pacik nak mintak maaf sekiranya ada penulisan pacik dalam blog ni yang mengguris perasaan sesiapa.pacik tak da niat pon nak buat macam tu. halal kan lah segala yang pacik buat tu ehkk.pacik jugak nak mintak maaf sekiranya ada salah dan silap yang pacik buat sepanjang perkenalan pacik dengan rakan2 semua.

semoga ramadhan kita kali ini lebih diberkati dan segala amalan kita diterima oleh-Nya..Amin