pejam celik pejam celik dah nak puasa dah ponn..Insyaallah kalau tiada aral melintang, hari sabtu ni seluruh umah islam akan mula berpuasa. tu kat malaysia la..kat obesi pacik tak tau lah..dan Insyaallah kalau dipanjangkan umur oleh-Nya sempat lagi kita berpuasa tahun ni..kejap je kan..rasa macam baru ja raya tahun lepas..
apa persediaan kita nak sambut ramadhan ni? kalut sibuk beli baju raya kah? order biskut raya kah? tukar sport rim kereta yang baru kah? macam lain je ehk persediaan tuu...ceh, perli kononnya tu kan..padahal pacik pon 2 minggu lepas dah tempah baju raya...mwahahaha
pacik pon tak lah baik sangat kan...tapi sekurang-kurangnya marilah sama- sam kita saling mengingati sempana bulan 1000 bulan ni..bulan yang mana penuh dengan rahmat dan barakah.tapi jangan lah time bulan puasa ja baik kan..dah habis puasa masuk balik roh2 jahat tuu..takmau2 macam tu..biarlah kekal selama-lamanya.
walaupun kita tak dapat dah berubah seratus peratus, berubah sikit pon jadi lahh..atleast ada jugak perubahan kann..
yang penting, kita kena tetapkan niat dalam hati tu untuk melakukan kebaikan.Insyaallah kalau kita niat nak buat baik, Allah akan permudahkan untuk kita. pada bulan puasa ni juga, pacik harapkan agar terbuka pintu hati kita untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran pada bulan ni berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.
pacik tak pandai nak bagi tazkirah ni.kot2 la tersalah ke kan.naya pacik.
jadi, sempena kedatangan bulan ramadhan ni..pacik nak mintak maaf sekiranya ada penulisan pacik dalam blog ni yang mengguris perasaan sesiapa.pacik tak da niat pon nak buat macam tu. halal kan lah segala yang pacik buat tu ehkk.pacik jugak nak mintak maaf sekiranya ada salah dan silap yang pacik buat sepanjang perkenalan pacik dengan rakan2 semua.
semoga ramadhan kita kali ini lebih diberkati dan segala amalan kita diterima oleh-Nya..Amin
No comments:
Post a Comment