Thursday 29 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 4 - Mandi Sungai

Ni aktiviti wajib harian kami. Kalau tak pergi pon mestiada sebab. Kalau tak, memang turun. Bulan puasa ari tu pon turun..mwahahaaa..tapi takdelah nak minum air sungai ni..berendam je sebab time tu memang panas yang amat. dpat berendam dalam sungai, dia punyai nikmat memang perghhhhhh

Kalau kat rumah pacik kat Terengganu nu, nak g mandi sungai nu memang jauh..Setengah jam baru sampai.Tu pon ramai gila orang.Lagi2 hujung minggu.Memang tak puas nak mandi.Duk kat sini, tudia, sungai 5 minit je dari rumah. Kalau ada baca entry lepas, pacik ada tulis pasal sungai yang besar tu kan.Sungai yang kami kena seberang guna bot. Ni sungai lain.Sungai palai.yang tu sungai Baram.Dua2 sungai ni memang dekat sangat2.Sekolah pacik ni macam kat tengah2 la.
Kiri sungai Baram, kanan sungai Palai.

Kalau agak2 kemarau, memang sungai lah jawabnya.Sebabnya nak jimat air dalam tangki tu. Kalau hujan memang takde masalah, tangki full ja.Macam sekarang ni.Malam je hujan.Jadi takde masalah.Tapi sungai mesti on lagi petang2...hahahahaa
 

tengok..stok dah macam orang iban dah masing2..tu yang kami bawak tu nama dia kiba'. Dalam tu ada botol2 yang kami nak refill dengan air sungai.

 ni otw nak ke sungai..dekat sgt2

 aqmal dengan afiq..kalau tengok kat belakang sana tu ramai kan budak2..masa ni kemarau, jadi nak save kan air tangki, semua mandi sungai


dah macam cerita P. Ramlee kan..mandi sungai semua..hahahahaa

ni hari lain..baju pon lain dah tu



Ni lah sungai palai..lawa kan...ni time air surut.cun lah..kalau semalam air sungai naik, sebab hujan lebat.memang dalam ahh..xde ah jernih macam ni..

area ni cetek lagi..depan sikit nu dah dalam dahhh

bajet comel sorang2...ntah apa2

ni pengaruh korea la semua ni...gwiyomi la sangat..phuiiii


Boleh kata turun sungai ni aktiviti harian kami. Ni ja hiburan yang ada kat sini..Nak tengok tv pon bosan jugak petang2..dari memerap kat rumah, baik mandi sungai kan.

okehh..nak masuk kelas dahh..choww





Dari Semenanjung ke Sarawak - 3 - Naik bot

Salam semua

Pacik ingatkan naik Hilux ja terus sampai sekolah.Memang tidak okehhh,tetap kena naik bot.Tapi tak cukup puas la, tak sampai 5 minit pon.Haishhh.Kalau ikut kan pacik nk uplod video kat sini, tapi tak tau lah kenapa, tak leh nak up..haishhh..rugi2..banyak gila kot video..Stok boleh buat movie dah..Nak uplod terus dari ipad pon takleh.Jem2

Sungai dia besar lah jugak..Sungai Baram.Sapa yang posting sini tau lah besar mana sungai tu yerkk..Diorang cakap ada buaya dalam ni..agagagaa..Sungai ni laluan utama kalau nak g ke sekolah2 lain tu..macam Long Anap ke, Long Apu ke..memang guna sungai..tak guna jalan darat.

Ni gambar mula2 kami sampai ka Palai ni.Seronok je kan naik bot ni.Dekat je pon.


 Muka nebes tu 1st time nak naik bot

 ni kami 5 orang

 ni dia sungai Baram..boleh tahan la besar tu

 dah sampai ponnnn

This is Palai!!!!

selamat sampai ke palai.

Bermulanya karier seorang guru :)

Sunday 25 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 2 - Hati Mau Kuat

Salam hujung minggu semua.

Apabila pacik tau pacik dapat ja posting Sarawak,pacik dah boleh bayangkan macam mana keadaannya.Memang stok hutan rimba punya nih..konfemmmTu yang mula2 pacik fikir.

Sampai je Kuching, check nama semua.Sah, memang dalam hutan sebab pacik dapat kat Baram.
Masa ni pacik tak tau lagi macam mana rupa kawasan Baram ni.Tapi pegawai JPN kat situ cakap ni kawasan pedalaman.Tanya punya tanya, tengok2 semua budak laki kelas pacik yang posting Sarawak ni dapat Baram.Niceeeeee..rupa2 nya beratus cikgu baru yang posting Baram ni.Ini adalah bagus..ada chance untuk dapat member baru nanti.

Lepas kami bergerak ke Miri sebab Baram ni kat kawasan Miri.Naik bas 18 jam!!!..ni yang seksa gila..Bayangkan Kuching tu Perlis, Miri tu Johor.Tapi pacik rasa jauh lagi..memang tahap gaban lah bosan dia naik bas ni. Sampai Miri kami naik 4x4 pulak ke Marudi sebab PPD kat sini.2 jam setengah pulak. Kat sini baru check sekolah..Nahhhh P3..ambikkkk kauu..Bagi yang tak tau, P3 ni tahap pedalaman lah..Dia ada P1,P2,P3.Nun dalam ceruk hutan nun pacik dapat.

Nak masuk sekolah pacik, kena keluar balik Miri.dari Miri baru gerak g sekolah.Pacik dapat SK Long Palai.Nampak tak ada tulis LONG kat situ.Kalau dah namanya LONG, memang betul2 long lahhh.Takda tipu punya long.Kat sini naik Hilux 8 jam.Dah namanya pedalaman, korang sila jangan bayangkan jalan yang ber tar cantik ye.Memang nan hado.Jalan balak okehh.Tanah merah semua tu.Nanti tengok gambar kalau tak pecaya

Yang lain tu nanti pacik cerita lain.Banyakkkk lagi pacik nak kongsi.Tataplah dulu sikit2 gambar yang pacik amik.

 haaaa, tengok..tengok..cantik tak jalan..hahahhaaaaaa

 masa ni pacik dah pening, tu terduduk nak muntah dah tu, nasib baik boleh tahan

 ni antara jalan yang cantik sikit la..lurus ja

 dah berasap2 dah tu..punya laaa lama jalan

 This is it!!!!...akhirnya sampaiiii

 ehhh lupa, sebelum tu kena seberang sungai dulu.5 minit ja.tu PK1 sekolah pacik.dia cakap muka dia macam safee sali...perasan lebihhh

 kami cikgu baru.ehh, lupa nak bgatau.kami 5 orang masuk sekolah ni.so, ok lah sikit.kalau sorang2 mau menangis jugak wehhh

Us!!!..ni lah kami 5 orang

 ni rumah kami.kami duk quarters.mmg jauh lebih baik dari apa yang kami bayangkan.rumah ada astro kot.hahahaaa

haaa,ni la sekolah pacik.cantik kan.satu blok kayu je.

Murid sekolah ni tak ramai.38 orang ja.Satu sekolah tu ye 38 orang.Bukan satu kelas.Takda tekanan langsung mengajar sini.Setakat semua ok lagi.

Takleh cerita banyak2,nanti habis modal pulak.

Babai dari pedalaman.

Friday 23 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 1

Salam borneo semuaaaaa... Haaaaa gitu
Mesti semua rindu pacik kann..maaplaaa.
Pacik raya lamaaaaaa, xda masa nk update belog nihh

Ermmm, sebenarnya pacik tak tau nak mulakan macam mana.
Sebabnya dah lama sangat pacik tangguhkan..last2 jadik macam ni lahh..semua dah lupa..
Al maklumlahh dah tuaaaa.

Untuk yg belom tau, pacik sekarang dah berkhidmat di Sarawak..
Pacik rasa semua belom tau kot, sebab ni baru pacik update kat belog.
Yang follow twitter ke, fb ke, insta ke mungkin dah tau lahhh.
Sebab yang tu hari2 pacik update cerita.

Kalau dah namanya berkhidmat kat Sarawak, cikgu sekolah rendah pulak tu.
Paham2 lah sendiri yer keadaan dia camne..takdanya nk bandar2 bagai..
Semua nya nun dalam ceruk hutan sana.
Samalah jugak dengan pacik ni haaa

Entry Dari Semenanjung ke Sarawak ni pacik akan ceritakan pengalaman2 pacik kat sini.
Pacik akan cuba kongsikan apa yang pacik rasakan duk kat sini.
Sebenarnya dah banyak dah video2 yang pacik amik..
Tapi tulahhhh,dah malaskan....nasiblahhhh
Ramai2 lah seru roh rajin datang yer.

Pengalaman2 ni yang mana tak semua orang dapat rasa, pacik akan cuba untuk kongsikan.
Bagi korang semua tau, nikmatnya berada di pedalaman nih.
Walaupun banyak kekurangan, tapi banyak yang best2 kat sini.
Ayat cikgu2 sangat kan...mwahahahahaaa

Jadi, nanti siri yang seterusnya dari pacik.

Babai dari borneo