Sunday, 25 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 2 - Hati Mau Kuat

Salam hujung minggu semua.

Apabila pacik tau pacik dapat ja posting Sarawak,pacik dah boleh bayangkan macam mana keadaannya.Memang stok hutan rimba punya nih..konfemmmTu yang mula2 pacik fikir.

Sampai je Kuching, check nama semua.Sah, memang dalam hutan sebab pacik dapat kat Baram.
Masa ni pacik tak tau lagi macam mana rupa kawasan Baram ni.Tapi pegawai JPN kat situ cakap ni kawasan pedalaman.Tanya punya tanya, tengok2 semua budak laki kelas pacik yang posting Sarawak ni dapat Baram.Niceeeeee..rupa2 nya beratus cikgu baru yang posting Baram ni.Ini adalah bagus..ada chance untuk dapat member baru nanti.

Lepas kami bergerak ke Miri sebab Baram ni kat kawasan Miri.Naik bas 18 jam!!!..ni yang seksa gila..Bayangkan Kuching tu Perlis, Miri tu Johor.Tapi pacik rasa jauh lagi..memang tahap gaban lah bosan dia naik bas ni. Sampai Miri kami naik 4x4 pulak ke Marudi sebab PPD kat sini.2 jam setengah pulak. Kat sini baru check sekolah..Nahhhh P3..ambikkkk kauu..Bagi yang tak tau, P3 ni tahap pedalaman lah..Dia ada P1,P2,P3.Nun dalam ceruk hutan nun pacik dapat.

Nak masuk sekolah pacik, kena keluar balik Miri.dari Miri baru gerak g sekolah.Pacik dapat SK Long Palai.Nampak tak ada tulis LONG kat situ.Kalau dah namanya LONG, memang betul2 long lahhh.Takda tipu punya long.Kat sini naik Hilux 8 jam.Dah namanya pedalaman, korang sila jangan bayangkan jalan yang ber tar cantik ye.Memang nan hado.Jalan balak okehh.Tanah merah semua tu.Nanti tengok gambar kalau tak pecaya

Yang lain tu nanti pacik cerita lain.Banyakkkk lagi pacik nak kongsi.Tataplah dulu sikit2 gambar yang pacik amik.

 haaaa, tengok..tengok..cantik tak jalan..hahahhaaaaaa

 masa ni pacik dah pening, tu terduduk nak muntah dah tu, nasib baik boleh tahan

 ni antara jalan yang cantik sikit la..lurus ja

 dah berasap2 dah tu..punya laaa lama jalan

 This is it!!!!...akhirnya sampaiiii

 ehhh lupa, sebelum tu kena seberang sungai dulu.5 minit ja.tu PK1 sekolah pacik.dia cakap muka dia macam safee sali...perasan lebihhh

 kami cikgu baru.ehh, lupa nak bgatau.kami 5 orang masuk sekolah ni.so, ok lah sikit.kalau sorang2 mau menangis jugak wehhh

Us!!!..ni lah kami 5 orang

 ni rumah kami.kami duk quarters.mmg jauh lebih baik dari apa yang kami bayangkan.rumah ada astro kot.hahahaaa

haaa,ni la sekolah pacik.cantik kan.satu blok kayu je.

Murid sekolah ni tak ramai.38 orang ja.Satu sekolah tu ye 38 orang.Bukan satu kelas.Takda tekanan langsung mengajar sini.Setakat semua ok lagi.

Takleh cerita banyak2,nanti habis modal pulak.

Babai dari pedalaman.

4 comments:

ezrie edris said...

nice entri n blog...i'm new blogger, jom singgah n follow my blog http://izzriidris.blogspot.com/

Fardiah Juhari said...

selamat mengajar kat sarawak pak cik

.....:E.M.I:.... said...

keep on typing...best jugak sekolah korang...ramai..tak la terasa sgt ..huhu...bestnye kalo ade geng..nie sorang2 je..cam org gila dah nie.huhu.. =(

hana hadi said...

cantik rumah dia.. macam chalet. pk 1 muda belia lagi ni..