Sunday, 4 November 2012

hampir sampai ke penghujung

urmmm...bagaimana nak mula bercerita ya..
terlalu banyak untuk di isi semua ke dalam ni.
kenangan yang mungkin tidak boleh ditukar ganti.
kenangan yang akan tersemat selama-lamanya.
kenangan yang menjadi titik perjuangan anak muda.

selepas hampir 5 setengah tahun,
pacik rasakan pacik sudah bersedia untuk menjadi warga pendidik.
terlalu banyak ilmu yang diperolehi di institut pendidikan guru ini.
ilmu berkaitan kehidupan masyarakat yang sukar diperoleh
di institusi yang.
bukan mahu merendahkan institusi lain,
tetapi IPG banyak menyedarkan pacik untuk menjadi seorang pendidik.

pacik masih ingat,
pertama kali menjejakkan kaki ke IPG pertengahan 2007 dulu.
tidak ada sedikit pun perasaan di hati untuk bergelar seorang pendidik.
kerjaya yang langsung tidak terlintas di hati.
pada waktu itu, pacik hanya menganggap kerjaya ini mungkin hanya untuk suka-suka.
kerjaya yang mana mungkin menjana pendapatan lumayan.
setakat makan gaji.
mana boleh kaya macam ni.

tapi,
sedikit demi sedikit perasaan ini hilang.
rasa cinta terhadap kerjaya ini semakin mendalam.
Allah bukakan pintu hati pacik untuk bergelar sebagai seorang pendidik.
sepanjang 5 setengah tahun di IPG Perlis,
terlalu banyak ilmu yang diperoleh.

insyaallah kalau tiada aral melintang,
esok kertas peperiksaan terakhir pacik.
semoga semuanya berjalan lancar.
dan selepas hari esok,
bermulalah fasa seterusnya dalam kehidupan ini.
fasa untuk menjadi pendidik sebenar.

kenangan bersama 193 mahasiswa pendidik yang lain tetap tersemat selepas ini.
kenangan pahit manis yang tidak ternilai.
diharapkan semuanya telah bersedia.
untuk sama-sama melangkah ke fasa seterusnya.

terima kasih semua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dari saya bakal pendidik...


Salam....


Thursday, 25 October 2012

Salam Perantau..

tudiaaa salam perantau bagai..
macam jauh bebebor kan nak balik raya.
padahal perlis-terengganu bukannya jauh mana pon..
7 8 jam drive, sampai laa

esok nak raya dah kan..
macam takda apa-apa pon.
betul laa orang kata,
kata raya haji ni, kat tempat lain x meriah sangat.
kalau terengganu dgn kelantan ja yang meriah.
kat sini macam tak da apa.

ni 1st time pacik tak beraya kat umah.
sebelum ni memang tak penah.
bukannya tak nak balik...
tapi banyak sangat nak kena setel.
lagipun final exam 30hb..
kalau balik, konpom2 dan tak study.
bajet duk sini study la kann..

lagipun, 2 minggu lepas, pacik dah balik.
dah bgtau mak yg pacik tak balik raya ni.
dia pon faham.
al maklumlah..final year kann.
2 3 minggu terakhir ni memang busy melampau2.

apa-apa pun,
pacik nak ucapkan salam aidiladha kepada semua
terutama family pacik yang ada kat terengganu,
family kedua pacik, din dan keluarga, poji,
momot, jana, latip ngan isa..dan semua yang kenal pacik..
cewahhh, ucapan tak nak kalah tuhhh...kahkahkahhh

semoga aidiladha kali ni lebih bermakna dan apa
yang kita lakukan mendapat keberkatan dari-Nya..
sebak lah pulakkk...

selamat bercuti dan selamat beraya...:)



Monday, 1 October 2012

Congratulation Din and Family

Din ni my BFF kat perlis ni. kami dah macam family dah.
dengan 4 5 orang member semua.dah rapat gila.
ni pun pacik duk rumah dia.tolong jaga umah sebab dia balik terengganu.
wife dia nak bersalin.seminggu dah dia balik.

dan alhamdulillah 1 oktober bertambah lagi bilangan ahli family kami.
dapat baby boy. anak kedua Din & Nik. yang 1st pompuan. sangat rapat 
dengan kami semua. rindu gila dah kat dia. 3 minggu tak jumpa.
sekarang dah dapat adik.
yehaaaaa

ni dia baby boy
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Qasy Zulkarnain bin Izzuddin

selamat datang ke dunia sayang.





Tuesday, 18 September 2012

I am 23!!

hepi besday to me..
hepi besday to me..
hepi besday to meeeee...hepi besday to meeeeeee..

nyanyik sendiri lah ye..
dah takde orang nak nanyikan untuk pacik..
wkwkwww

alhamdulillah, cukup 23 tahun hari ni
pacik bernafas dibumi Allah ni.
banyak yang telah ditempuhi..
insyaallah, kalau umur panjang..
banyak lagi liku2 hidup..

selama 23 tahun ni,
pacik ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa,
atau tingkah laku pacik yang menyakitkan hati..
pacik insan biasa yang tak lari dari
melakukan kesilapan...

semoga apa yang pacik lakukan diredhai dan diberkati.
pacik harap hari2 yang mendatang lebih baik
dan lebih bermakna..
semoga semuanya berjalan lancar mengikut apa yang telah dirancang oleh-Nya..


Amin