Sunday 4 November 2012

hampir sampai ke penghujung

urmmm...bagaimana nak mula bercerita ya..
terlalu banyak untuk di isi semua ke dalam ni.
kenangan yang mungkin tidak boleh ditukar ganti.
kenangan yang akan tersemat selama-lamanya.
kenangan yang menjadi titik perjuangan anak muda.

selepas hampir 5 setengah tahun,
pacik rasakan pacik sudah bersedia untuk menjadi warga pendidik.
terlalu banyak ilmu yang diperolehi di institut pendidikan guru ini.
ilmu berkaitan kehidupan masyarakat yang sukar diperoleh
di institusi yang.
bukan mahu merendahkan institusi lain,
tetapi IPG banyak menyedarkan pacik untuk menjadi seorang pendidik.

pacik masih ingat,
pertama kali menjejakkan kaki ke IPG pertengahan 2007 dulu.
tidak ada sedikit pun perasaan di hati untuk bergelar seorang pendidik.
kerjaya yang langsung tidak terlintas di hati.
pada waktu itu, pacik hanya menganggap kerjaya ini mungkin hanya untuk suka-suka.
kerjaya yang mana mungkin menjana pendapatan lumayan.
setakat makan gaji.
mana boleh kaya macam ni.

tapi,
sedikit demi sedikit perasaan ini hilang.
rasa cinta terhadap kerjaya ini semakin mendalam.
Allah bukakan pintu hati pacik untuk bergelar sebagai seorang pendidik.
sepanjang 5 setengah tahun di IPG Perlis,
terlalu banyak ilmu yang diperoleh.

insyaallah kalau tiada aral melintang,
esok kertas peperiksaan terakhir pacik.
semoga semuanya berjalan lancar.
dan selepas hari esok,
bermulalah fasa seterusnya dalam kehidupan ini.
fasa untuk menjadi pendidik sebenar.

kenangan bersama 193 mahasiswa pendidik yang lain tetap tersemat selepas ini.
kenangan pahit manis yang tidak ternilai.
diharapkan semuanya telah bersedia.
untuk sama-sama melangkah ke fasa seterusnya.

terima kasih semua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dari saya bakal pendidik...


Salam....


1 comment:

Anonymous said...

Cikgu pun ade blog jugak ke? Hehhe.. Hari tu ingatkan orang lain