Sunday, 12 February 2012

baru tau sibuknya seorang guru

Bila dah berada dalam alam pekerjaan ini sendiri, baru pacik paham betapa sibuknya kerjaya seorang guru. Walopon stakat guru praktikal baru, tapi phewwwwwww, sibuk gila babs. Tapi itulah cabarannya. Ini jalan yang pacik pilih. Setuju atau tidak, nak kena lalui jugak kan. Tak boleh nak ngelat2. Betol tak?

Dulu ada isu yang diorang nak lanjutkan masa bekerja untuk guru.Kononnya kakitangan kerajaan. Jadi, nak selaraskan dengan kakitangan kerajaan yang lain. Masuk pukul 7.30 balik pukul 5.00. Apa kejadahnya.
Jeles kononnya cikgu balik awal la, banyak cuti la, itu ini laaa... YES dalam jadual memang balik pukul 2.00. Yang luar dari jadual tu tak nak amik tau ke? Kelas tambahan sampai pukul 5, latihan sukan sampai pukul 7, kelas malamlagi. Itupun masih nak jeles lagi kah.

Sekarang ni bulan untuk aktiviti sukan. Makin bertambah-tambah sibuk. Bukan untuk merungut, sekadar berkongsi pengalaman. Pacik enjoy duk training budak2 ni. Teringat zaman-zaman sekolah dulu...weeee bestnya.

2 minggu ni sibuk nak setelkan pasal sukan olahraga kawasan. Kejohanan tu minggu depan. My expectations to my studenst was very high. Pacik dah boleh nampak talet yang ada pada diorang. Kalau continue training, mungkin boleh pergi jauh. Mungkin dengan pengalaman pacik dalam bidang ni, pacik cuba untuk memberikan mereka yang terbaik. Walopon masa singkat, pacik cuba jugak.

Lepas setel yang ni, bola pulak. Haaa, yang ni pacik tak brape nak reti.kahkahakhhh...tak lah bangku sangat, sikit2 tu boleh la. Tapi cikgu PJ sekolah ni memang expert ngan bola, so pacik bantu2 stakat yang mampu je la yerk.

Dalam minggu tu jugak pacik nak kene observe for the 2nd time. Tak lah cuak sangat sebab dah ada pengalaman kan. Tapi macam biasa la, kene well prepare. Tak kan nak buat ala kadar je kan. Sekurang kurangnya bagi lah lecturer tu puas hati dengan apa yang kita bagi kan. pacik pon bukanlah jenis yang suka buat keje sambil lewa. Walopon tak perfect, sipi2 pon jadi la kan.

Entry2 lepas ni pacik akan letak gambar pulak kan..sebab dah bosan duk tengok tulisan je kan..ntah pape..pacik pon dah juling mata ni. Korang apatah lagi..muahahahaa. Ke dah bosan ngan pacik ni...chooooiiii

3 comments:

Aizat Hamdan said...

no matter la.. tapi jadi seorang guru banyak pahala nya.. :) all teh best cikgu..kene bnyk sabar je

cinta siswi said...

pak cik praktikal kt mane??? sem 7 sudaa.. :)

pak cik said...

cik cinta : yeahhh..sem 7 sudaaaa..praktikal kat perlis