Sunday, 25 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 2 - Hati Mau Kuat

Salam hujung minggu semua.

Apabila pacik tau pacik dapat ja posting Sarawak,pacik dah boleh bayangkan macam mana keadaannya.Memang stok hutan rimba punya nih..konfemmmTu yang mula2 pacik fikir.

Sampai je Kuching, check nama semua.Sah, memang dalam hutan sebab pacik dapat kat Baram.
Masa ni pacik tak tau lagi macam mana rupa kawasan Baram ni.Tapi pegawai JPN kat situ cakap ni kawasan pedalaman.Tanya punya tanya, tengok2 semua budak laki kelas pacik yang posting Sarawak ni dapat Baram.Niceeeeee..rupa2 nya beratus cikgu baru yang posting Baram ni.Ini adalah bagus..ada chance untuk dapat member baru nanti.

Lepas kami bergerak ke Miri sebab Baram ni kat kawasan Miri.Naik bas 18 jam!!!..ni yang seksa gila..Bayangkan Kuching tu Perlis, Miri tu Johor.Tapi pacik rasa jauh lagi..memang tahap gaban lah bosan dia naik bas ni. Sampai Miri kami naik 4x4 pulak ke Marudi sebab PPD kat sini.2 jam setengah pulak. Kat sini baru check sekolah..Nahhhh P3..ambikkkk kauu..Bagi yang tak tau, P3 ni tahap pedalaman lah..Dia ada P1,P2,P3.Nun dalam ceruk hutan nun pacik dapat.

Nak masuk sekolah pacik, kena keluar balik Miri.dari Miri baru gerak g sekolah.Pacik dapat SK Long Palai.Nampak tak ada tulis LONG kat situ.Kalau dah namanya LONG, memang betul2 long lahhh.Takda tipu punya long.Kat sini naik Hilux 8 jam.Dah namanya pedalaman, korang sila jangan bayangkan jalan yang ber tar cantik ye.Memang nan hado.Jalan balak okehh.Tanah merah semua tu.Nanti tengok gambar kalau tak pecaya

Yang lain tu nanti pacik cerita lain.Banyakkkk lagi pacik nak kongsi.Tataplah dulu sikit2 gambar yang pacik amik.

 haaaa, tengok..tengok..cantik tak jalan..hahahhaaaaaa

 masa ni pacik dah pening, tu terduduk nak muntah dah tu, nasib baik boleh tahan

 ni antara jalan yang cantik sikit la..lurus ja

 dah berasap2 dah tu..punya laaa lama jalan

 This is it!!!!...akhirnya sampaiiii

 ehhh lupa, sebelum tu kena seberang sungai dulu.5 minit ja.tu PK1 sekolah pacik.dia cakap muka dia macam safee sali...perasan lebihhh

 kami cikgu baru.ehh, lupa nak bgatau.kami 5 orang masuk sekolah ni.so, ok lah sikit.kalau sorang2 mau menangis jugak wehhh

Us!!!..ni lah kami 5 orang

 ni rumah kami.kami duk quarters.mmg jauh lebih baik dari apa yang kami bayangkan.rumah ada astro kot.hahahaaa

haaa,ni la sekolah pacik.cantik kan.satu blok kayu je.

Murid sekolah ni tak ramai.38 orang ja.Satu sekolah tu ye 38 orang.Bukan satu kelas.Takda tekanan langsung mengajar sini.Setakat semua ok lagi.

Takleh cerita banyak2,nanti habis modal pulak.

Babai dari pedalaman.

Friday, 23 August 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 1

Salam borneo semuaaaaa... Haaaaa gitu
Mesti semua rindu pacik kann..maaplaaa.
Pacik raya lamaaaaaa, xda masa nk update belog nihh

Ermmm, sebenarnya pacik tak tau nak mulakan macam mana.
Sebabnya dah lama sangat pacik tangguhkan..last2 jadik macam ni lahh..semua dah lupa..
Al maklumlahh dah tuaaaa.

Untuk yg belom tau, pacik sekarang dah berkhidmat di Sarawak..
Pacik rasa semua belom tau kot, sebab ni baru pacik update kat belog.
Yang follow twitter ke, fb ke, insta ke mungkin dah tau lahhh.
Sebab yang tu hari2 pacik update cerita.

Kalau dah namanya berkhidmat kat Sarawak, cikgu sekolah rendah pulak tu.
Paham2 lah sendiri yer keadaan dia camne..takdanya nk bandar2 bagai..
Semua nya nun dalam ceruk hutan sana.
Samalah jugak dengan pacik ni haaa

Entry Dari Semenanjung ke Sarawak ni pacik akan ceritakan pengalaman2 pacik kat sini.
Pacik akan cuba kongsikan apa yang pacik rasakan duk kat sini.
Sebenarnya dah banyak dah video2 yang pacik amik..
Tapi tulahhhh,dah malaskan....nasiblahhhh
Ramai2 lah seru roh rajin datang yer.

Pengalaman2 ni yang mana tak semua orang dapat rasa, pacik akan cuba untuk kongsikan.
Bagi korang semua tau, nikmatnya berada di pedalaman nih.
Walaupun banyak kekurangan, tapi banyak yang best2 kat sini.
Ayat cikgu2 sangat kan...mwahahahahaaa

Jadi, nanti siri yang seterusnya dari pacik.

Babai dari borneo

Wednesday, 26 June 2013

The journey begin....

setelah berbulan-bulan duk tunggu, akhirnyaaaaaa
pacik akan mula berkhidmat sebagai pendidik ditempat yang tak pernah pacik bayangkan.
tak terlintas langsung untuk kesana.
tapi pacik yakin, semuanya telah dirancang oleh baik oleh Allah.
pacik akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
wahai anak-anak sarawak...tunggu kehadiran pacik....

semangat itu penting..mwahahahahaaa

mungkin pacik akan buat story pasal sarawak lepas ni..
mungkin je lah ye..
jgn nak harap sangat sebab tahap kemalasan pacik untuk mengupdate belog adalah tinggi..

babaiii

Wednesday, 29 May 2013

Konvokesyen

Salam.

Hari ni merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup pacik. Ptg ni pacik akan secara rasminya bergraduan. Tak sabar rasanya. haihhhhh...

Takmo tulis banyak-banyak. tak seprais. Nanti pacik uplod gamba.

daaaaa