Monday, 7 October 2013

Dari Semenanjung ke Sarawak - 7 - Kursus

Yeeeee...kursus. Cikgu dengan kursus memang tak dapat dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Setelah hampir 4 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam, pacik akhirnya dikerahkan untuk g kursus ni. Humphhhh..

Dah laa jauh gila kursus ni. Buat kat Marudi. Kalau yang tau tu bagus. Yang tak tau tu, errrrmmm.. P google la yer. Malas pacik yang gtau. Mwahahahahaa. Kursus start 7 sampai 9 okt. Hari ni lahh tu yer. Ari ni punya dah habis untuk satu subjek. Baca kat bawah la nanti yer. 

Nak sampai ke Marudi ni, nak dekat 1k jugak lah habis. Demmit. Mintak2 dapat lah balik claim nanti. Kalau tak dapat memang sakit lah jugak. Banyak tu.

Motif sangat nak tunjuk gambar kasut kan. Ada cerita sebenarnya nak bagitau.

Pacik kan ngaja dalam hutan. Jadi kasut ni memang tak pakai langsung kat sekolah. Last pacik pakai 2 bulan lepas kot. Lepas tu terperuk je bawah meja tu. Incase kalau ada pegawai datang. Kalau tak memang pakai kasut getah crocs tu ja. Tak pun sandal ja mai ngaja. Dah nak datang kursus, tak kan nak pakai kasut getah kan. Mau kena halau jap g. Pacik amik la kasut ni, tengok2 tu diaaaaa, bersawang kasut nih..kahkahkahhh satu kerja pulak nak kena cuci balik sawang2 tu.

Ok2. Balik ke topik kursus. Kursus ni untuk perlaksanaan KSSR tahun depan untuk Tahun 4. 2 orang satu sekolah. Pacik cover untuk subjek BM, Sejarah ngan PSV. Tudiaaaaaa sejarah bagai. Tahun 4 baru kot. Seingat pacik la, time pacik sekolah menengah dulu2 pun punya lahhhhh malas nak study sejarah. Bosan kot wehhh. Ni Darjah 4 dah kena belajar sejarah. Nasiblaaaa budak2 sekarang ye. 


Pacik kena pergi sebab pacik sorang je major PSV kat sekolah pacik tu. Yang BM tu takda masalah sangat. Memang pacik boleh cover sebab minor pacik. Yang sejarah tu... Haisshhh.. Tengok lah esok mcm mana.

Lagi sorang member pacik cover untuk BI, MT ngan Sains. Kalau ikut memang pacik nak pergi sebab taun depan pacik yang akan ajar MT ngn Sains darjah 4. Tapi tak kan nak belah dua badan ni kan. Jadi, pacik pergi untuk PSV, member pacik pergi yg satu lagi tu. Dua2 buat kat Marudi, tapi lain2 tempat. Tu yang susah sikit. Konsep dia sama je KSSR ni, tapi kaedah penilaian tu tu je mungkin lain. Takpe, nanti samapi sekolah, bincang balik lahh.

Minggu depan ada lagi kursus ni, tapi subjek lain pulak. Orang lain lah pulak yang datang. Pacik balik raya woohhh. Lagi 2 hari kursus. Hari khamis balik semenanjung. Yebedabeduuuuuuu

Ohhh lagi satu nak cerita, lepas ni mungkin pacik rajin sikit update belog sebab dah install blogger punya apps dalam ipad nih. Senang lahh sikit kerja pacik nih. Nanti lain entry pacik cerita panjang pasal ni ehkk. Tu pon kalau rajin lah yer. Kalau tak, nasiblahhhh. Korang seru lah mood rajin pacik ni yerr.

Ok nak g makan. Babai

Sunday, 6 October 2013

Mr. Botak

Buat pertama kalinya dalam hidup pacik, pacik botakkan rambut ni. Zaman2 baby dulu tak yah kira la yer. Memang pacik teringin dari dulu lagi nak botakkan rambut ni. Tapi xde keberanian untuk buat macam tu. Takut saham jatuh... Mwahahahaa

Tapi tak tau lah macam mana, tetiba nak sangat berambut pendek ni, pacik gagahkan jugak lah hati ni botakkan rambut. Ayat cikgu bahasa melayu sangat wehh.. Phuiii.. Pacik berani pon sebab ngaja pedalaman. Memang tau, takda sapa nak amik kisah. Buat lah stail macam mana pon. Trojan, ke, spiky ke..bo layannn.

Haishhh..berdebar pulak nak uplod gamba. Mesti kena kutuk nih. Haishhh. Memang pacik tau, korang memang nk kutuk pacik je kannnn..

Tadaaaaa





















































Mr. Botak!!!!

Dahh2.. Jangan nak kutuk2.. Tak baik buat kutuk2 orang tua nihh. Dah botak nih, pacik rasa selesa lahh pulak. Jimat minyak rambut wehhh. Tapi pacik tersasul lah jugak pagi esoknya tuhh.. Kan tak tengok cermin, dengan konfiden amik minyak rambut nih, sekali sapu kat kepala, ehhhhh xde rambut..wakakakaaa. Bengong jugak. Tak pasal2 gelak sorang2 dalam bilik. Gila kan.

Kita tengok la lepas ni macam mana. Sama ada nak teruskan botak macam ni atau nak bagi panjang balik. Hurmmmmm. 

Babai

Dari Semenanjung ke Sarawak - 6 - Heli datang sekolah!!!!

Okehhhh...Ini adalah sangat menarik.Sangat teruja wehh bila 1st time nampak heli nih.Mula2 tu tak tau lagi.Time tu pacik tengah guling2 duk main plants vs zombie  ni.Tetiba bunyi macam angin kuat.Ingatkan apa lahh.ribut ke apa datang tengah2 panas tu.Manalah tau kan.Dah bunyi kuat macam tu kan,pacik kuar jenguk2 lah kat luar rupa tu nak tengok apa kebenda nya yang kuat sangat bunyi tu.

Nahhhhh, tudiaaaaaa helikopter baru nak landing kat padang sekolah.Perghhh,memang eksaited wehh.Jakun pon  ada.Ye la, sebelum ni duk tengok heli tu tinggi ni je kan.Ni betul2 duk depan mata.Haruslah eksaited lebih kan.

Heli yang datang ni heli dari hospital Miri.Diorang bawak bekalan ubat untuk orang2 kampung ni.Amacam, power tak.Apa baran naik kereta ni, terus main heli.Hahahahaaaa.Ganas tak pedalaman.Diorang datang 2 3 bulan skali.check kesihatan orang kampung ni semua.Bagi ubat apa yang patut.

Pacik ada buat video sebenarnya.Tapi takleh nak uplod.Tak tau lah kenapa.Nanti pacik try lain.Rugi wehh, banyak giloss video pacik amik.Setiap benda yg kami buat kat sini semua ada video. Hahahaaaa...Dah semua kepala tak betul, senang la sikit. Dah video takde, tengok gambar je la ehkk..rugi2... Haishhhh


1st time naik heli...naik duduk je laaaa..tu ja mampu


Riang gembira mcm kanak2 ribena..mwahahahah

Gambar tak banyak..video ada laa..tapi tak tau la awat tak boleh nak uplod..rugi2. Tengok la mcm mana nanti, pacik akan usahakan lah jugak bagi dapat uplod semua video2 tu..

Korang serulah mood rajin pacik datang yer..

Bahbaiii

Dari Sarawak ke Sarawak - 5 - Raya di pedalaman

Wahhhh, dah nk masuk raya haji dah pon..baru terhegeh-hegeh nak update bagai..pedulik apa...janji update kan...trololoooo..biasa cerita pasal raya kat rumah kan, kali ni pacik nak cerita pasal raya dalam hutan ni haaa..al maklumlah, cikgu pedalaman..haruslah hutan semua..dah tajuk pon semua pasal pedalaman kan. Tak kan nak cerita pasal beraya kat kolumpo pulak.

Hidup kat dalam hutan ni, susah senang kami harung bersama..wahhh, cikgu sangat ayat kan..hahhahaaa...dalam ni kami berapa kerat sangat lah, semua buat sama2. Macam sambut hari taya ni lah. Sama2 prepare. Sama2 makan. Takda nk berkira sgt. Macam bulan puasa hari tu, geng2 rumah depan dah sediakan majlis berbuka puasa, jadi untuk raya, kami lah pulak yg buat..walaupun 7 org je yg islam dalam ni, tapi kami takda masalah langsung. Semua boleh jalan. Diorang pon faham kami ni yang islam macam mana.

Nak buat majlis ni pon memang kami dah plan sebelum balik raya lagi. Jadi, dah plan la nak bawak apa semua kan. Macam pacik, pacik bawak ketupat palas. Nasib baik ada nenek yg rajin nak buatkan. Dah nama orang terengganu, keropok tu mesti takleh tinggal. Wajib bawak kot. Member2 pon ada yg bawak serunding, biskut raya semua. Nak bawak banyak takleh laaa. Kang kene extra charge pulak kat airport...wkwkwkw

Barang2 basah semua kami beli kat Miri. Beli la apa yg patut. Takda la nak mewah sgt. Janji ada dan yg paling penting, kami seronok.



Ni je lah yg mampu kita orang buat. Nak lebih2 memang tak dapat la kan. Stakat yang mampu sudah. Ni pon dah cukup meriah.

Abaikan atas meja tu..rumah bujang memang macam ni..tu semua siap baju kurung baju melayu lagi. Amik feeling raya

Ini lah kami semua..yang takde sini GB ngn PK Hem je..yang lain semua ada. Ada la ter crop sorang tepi tu.. Tak muat la pulakkk..wkwkwkw

Memang pacik tak nafikan, walopon pacik ngn geng2 pacik baru kat sini, tapi ikatan kami sangat kuat. Mungkin sebab perbezaan umur antara kami semua tak jauh, tu yang semua boleh masuk tu.

Harap2 akan kekal begini lah yer sampai lahh bila2.. 

Amin