Saturday 28 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 9


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

selamat beramal~

kelebihan solat terawikh # malam 8


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

selamat beramal~

Thursday 26 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 7


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

tidakkah kita tahu betapa besarnya rahmat berjuang di jalan Allah?sesungguhnya sesiapa yang syahid dijalan Allah, nescaya syurga lah tempat terbaik untuknya...
selamt beramal~

cobaan bulan puasa

demam + selsema + sakit tekak

complete semua kan.semalam tak leh nak tidur ngan aman
hingus meleleh-leleh..dah macam paip dah..
ehh, jangan duk terbayang2 pulak..geli sangat

ni 1st time rasanya pacik demam bulan puasa.
sakit2 badan pon ada.
sakit badan ni mungkin sebab buat hurdles exercises kelmarin.
terhoyong hayang dah time buat tu.
menggigil2 kaki.

tapi, demam dalam bulan puasa ni memang mencabar.
kan sakit tekak bagai, nak minum air pon tak leh.
jadik memang pedih gila ah tekak nih..sabor je la

apa yang pacik pegang sekarang ni,
mungkin Allah nak uji pacik..
jadi pacik kena kuat..ni baru demam kot
tak lagi kena uji ngan penyakit2 lain..
tu pon dah nak mengeluh kan

jadi, sabor je laa

babai

Wednesday 25 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 6


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

selamat beramal~

Tuesday 24 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 5


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

korang tau tak betapa besarnya ganjaran apabila kita menunaikan solat di kitiga-tiga masjid ni?
ya Allah, sangat besar ganjarannya....

selamat beramal~

Monday 23 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 4


mintak maap la ya..pakcik tak sempat nak hapdate semalam...
tapi pak cik nak gtau jugak lah

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

setiap huruf yang kita baca dalam kitab suci Al-Quran memberi kita 10 ganjaran..dah tu, kalau dah senaskah?ditambah lagi dengan kitab suci yang lain..cuba bayangkan...
boleh bayangkan tak?
tak boleh kan..

selamat beramal~

Sunday 22 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 3


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

tidak mau kah kita para para malaikat berdoa untuk kita?
betapa besar rahmat yang Allah berikan..mari lah sama sama kita rebut peluang keemasan ini.
biarlah para malaikat sentiasa berdoa untuk kita...

selamat beramal~

Saturday 21 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 2


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari melakukan dosa,
jadi apa salahnya untuk kita berusaha sedikit untuk menghapuskan dosa..memang diakui, menyuruh untuk kebaikan amat sukar untuk diikuti, tapi sedarlah betapa besarnya nikmat di penghujungnya.

selamat beramal~

Friday 20 July 2012

kelebihan solat terawikh # malam 1


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

tak nak kah kita kalau kita bersih macam ni?
sedangkan kita nak tubuh kita wangi semerbak, agak agak 100meter dah boleh bau kan..tak bersih bahagian dalaman ni kita tak nak?

bersih luaran semua orang mampu..tapi bersih jiwa rohani, hanya Allah yang mengetahuinya..
selamat beramal~

im comin' home

hoyeahhh..malam ni balik umah
lama dag tak balik aihh..
last balik bila ntahh...punya la kejam kann

malam ni bas kul 8.
agak terkilan sebab akan miss terwaih pertama malam nih

insyaallah kalau sampai awal akan sempat sehaur kat umah..
kalau tak...umm..sahur tengah jalan je la ehkk

oh lupa nak gtauu
hari last day pacik kat sekolah
sebagai guru pelatih
lepas ni xda dah
kalau panjang umur akan berkhidmat sebagai
penjawat awam tahun depan..yehaaaaa

kejap ja kann..
dah nak abes dah 5 tahun setengah dah study
ye ke kejapp...lama kott
dah macam macam buat..

ehhh kelaut pulakk

xda apa nak cerita.
pacik akan update pasal kelebihan terawih macam biasa
jadi tunggu la ehkk

babaaaiii

Thursday 19 July 2012

Ramadhan datang lagi...

pejam celik pejam celik dah nak puasa dah ponn..Insyaallah kalau tiada aral melintang, hari sabtu ni seluruh umah islam akan mula berpuasa. tu kat malaysia la..kat obesi pacik tak tau lah..dan Insyaallah kalau dipanjangkan umur oleh-Nya sempat lagi kita berpuasa tahun ni..kejap je kan..rasa macam baru ja raya tahun lepas..

apa persediaan kita nak sambut ramadhan ni? kalut sibuk beli baju raya kah? order biskut raya kah? tukar sport rim kereta yang baru kah? macam lain je ehk persediaan tuu...ceh, perli kononnya tu kan..padahal pacik pon 2 minggu lepas dah tempah baju raya...mwahahaha

pacik pon tak lah baik sangat kan...tapi sekurang-kurangnya marilah sama- sam kita saling mengingati sempana bulan 1000 bulan ni..bulan yang mana penuh dengan rahmat dan barakah.tapi jangan lah time bulan puasa ja baik kan..dah habis puasa masuk balik roh2 jahat tuu..takmau2 macam tu..biarlah kekal selama-lamanya.

walaupun kita tak dapat dah berubah seratus peratus, berubah sikit pon jadi lahh..atleast ada jugak perubahan kann..

yang penting, kita kena tetapkan niat dalam hati tu untuk melakukan kebaikan.Insyaallah kalau kita niat nak buat baik, Allah akan permudahkan untuk kita. pada bulan puasa ni juga, pacik harapkan agar terbuka pintu hati kita untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran pada bulan ni berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

pacik tak pandai nak bagi tazkirah ni.kot2 la tersalah ke kan.naya pacik.

jadi, sempena kedatangan bulan ramadhan ni..pacik nak mintak maaf sekiranya ada penulisan pacik dalam blog ni yang mengguris perasaan sesiapa.pacik tak da niat pon nak buat macam tu. halal kan lah segala yang pacik buat tu ehkk.pacik jugak nak mintak maaf sekiranya ada salah dan silap yang pacik buat sepanjang perkenalan pacik dengan rakan2 semua.

semoga ramadhan kita kali ini lebih diberkati dan segala amalan kita diterima oleh-Nya..Amin


Tuesday 17 July 2012

Salam Merdeka

Pagi tadi telah diadakan pelancaran serentak 
bagi bulan kemerdekaan ke-55 di 
semua sekolah di Malaysia.
agak kalur sikit sebab semalam baru dapat 
surat dari kementerian suruh buat menda ni.

walapon last minit punya kerja,
tapi pacik agak puas hati sebab 
semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
al-maklumlah guru-guru berkaliber.
gituh kekdahnya kaaaann

nanti pacik uplod gambor banyak-banyak
banyak sangat pacik nak cerita pasal aktiviti yang 
kami buat kat sekolah ni
esok treasure art..
projek major pacik..
tak sabo.....

eh, nak cerita pasal merdeka kannn..
kelaut la pulakkk..
xda menda sangat nak cerita.
sebab ni baru pencaran je
gambor pon tak amik lagi ngan official phorographer
kann..khelasss ada O.P bagai

pacik uplod yang ni satu dulu.
nanti uplod lain


owhh
lagi satu
pacik taw mesti korang rindu kat pacik kan
kannn...kannnnn
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan tipu,mesti rindu kan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nahhhhhh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ok.bye




Monday 16 July 2012

sorry bangat

maaf.
pacik is super dupper busy.
tak da masa langsung nk up entry.sorry ehkk..
i'll be back

bubyeee

Wednesday 4 July 2012

Salam Nisfu Syaaban

Kejap je dah masuk pertengahan syaaban dah.tak lama lagi kita mula menyambut ramadhan.bulan yang penuh dengan kemuliaan.malam ni malam nisfu syaaban.yang mana pada malam ni,buku amalan kita yang lama telah ditutup dan buku amalan baru akan dibuka.

Sebelum masuknya bulan ramadhan ni,marilah sama2 kita untuk membiasakan diri dengan berpuasa.Insyaallah kalau kita dah biasakan dengan berpuasa, pada bulan ramadhan nanti,tak lah shock sangat.maklumlah,setahun kan. banyak ganjaran bagi sesiapa yang berpuasa pada bulan syaaban ni.

Pacik pon bukan warak sangat nak berceramah bagai.cuma sekadar saling mengingati sesama kita.pacik rasa tak salah kan.pacik pon banyak buat silap.banyak dosa2 yang telah pacik buat.Insyaallah,pacik akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang.

Semoga hari2 yang mendatang lebih baik dari hari yang telah berlalu.Aminn